Roman Script    Reciting key words            Previous Sūrah    Quraan Index    Home  

76) Sūrat Al-'Inn

Printed format

76)

Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Hal 'Atá `Alá Al-'Insāni Ĥīnun Mina Ad-Dahri Lam Yakun Shay'āan Madhan 076001 Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? ‌‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‌ ‍‌‍‍‌ ‌‌
'Innā Khalaq Al-'Insāna Min Nuţfatin 'Amshājin Nabtalīhi Faja`alnāhu Samī`āan Başīrāan 076002 Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. ‍‌ ‍‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍ ‍‌‍‍‍ ‌‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍‍
'Innā Hadaynāhu As-Sabīla 'Immā Shākirāan Wa 'Immā Kafūan 076003 Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). ‍‌ ‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‌‍‌ ‍‌ ‌‌‍‌ ‌‌
'Innā 'A`tadnā Lilkāfirīna Salāsilāan Wa 'Aghlālāan Wa Sa`īrāan 076004 (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang. ‌ ‌‍‌ ‍‍‍‍‌ ‌‌‍‍‍‌ ‌‍
'Inna Al-'Abrāra Yashrabūna Min Ka'sin Kāna Mizājuhā Kāfūan 076005 Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", - ‍‌‌‍‌ ‍‍‍ ‍‌‌ ‍‍‍ ‌‌ ‌‌
`Aynāan Yashrabu Bihā `Ibādu Allāhi Yufajjirūnahā Tafjīrāan 076006 Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. ‌ ‍ ‌ ‍‍‍‌‌ ‍ ‌‌ ‍
Yūfūna Bin-Nadhri Wa Yakhāfūna Yawmāan Kāna Sharruhu Mustaţīrāan 076007 (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. ‍‍‍‍‍‍‌ ‌‍‍‍‍‍‍‍‌ ‍‍‍ ‍‍‍‍
Wa Yuţ`imūna Aţ-Ţa`āma `Alá Ĥubbihi Miskīnāan Wa Yatīmāan Wa 'Asīrāan 076008 Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, ‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‌ ‍ ‌ ‌‌ ‌‌‍
'Innamā Nuţ`imukum Liwajhi Allāhi Lā Nurīdu Minkum Jazā'an Wa Lā Shukūan 076009 (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, ‍‌ ‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍‍‌ ‍‌‍‍‍‍‌‌ ‌‌ ‌‌
'Innā Nakhāfu Min Rabbinā Yawmāan `Abūsāan Qamţarīrāan 076010 "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut". ‍‌ ‍‍‍ ‍‌ ‌‍‌ ‌ ‌‍‍‍‍
Fawaqāhumu Allāhu Sharra Dhālika Al-Yawmi Wa Laqqāhum Nađratan Wa Surūan 076011 Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). ‍ ‍‌ ‌ ‌‍‍‍‍ ‍‍‍ ‌ ‌‌‌‌
Wa Jazāhum Bimā Şabarū Jannatan Wa Ĥarīrāan 076012 Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. ‌ ‌ ‍‌‌ ‍‍‍ ‌ ‌‍
Muttaki'īna Fīhā `Alá Al-'Arā'iki ۖ Lā Yarawna Fīhā Shamsāan Wa Lā Zamharīrāan 076013 Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk; ‍‍‍‍ ‌ ‌ ‍‍‌ ۖ ‌ ‍‌ ‌‌ ‌‍
Wa Dāniyatan `Alayhim Žilāluhā Wa Dhullilat Quţūfuhā Tadhlīlāan 076014 Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya. ‌‌ ‍‌ ‌‌ ‍‍‍‌
Wa Yuţāfu `Alayhim Bi'āniyatin Min Fiđđatin Wa 'Akwābin Kānat Qawārīra 076015 Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) ‌ ‍‌‍‍‌ ‌‌‍‍‌‍‌
Qawārīra Min Fiđđatin Qaddarūhā Taqrāan 076016 (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya. ‍‌‍‍‍‌ ‍‌‍‍‍‌‍‌‌‌ ‍‍‍‍‍
Wa Yusqawna Fīhā Ka'sāan Kāna Mizājuhā Zanjabīlāan 076017 Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil", ‍‍ ‌ ‌‌ ‍‍‍ ‌‌ ‌‌
`Aynāan Fīhā Tusammá Salsabīlāan 076018 Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil". ‌ ‌ ‍‍‍‍‌
Wa Yaţūfu `Alayhim Wildānun Mukhalladūna 'Idhā Ra'aytahum Ĥasibtahum Lu'ulu'uāan Manthūan 076019 Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. ‍‍‌‌ ‍‍‍‍‍‌ ‌‌‌‌ ‌‍‌ ‍‍‍‍ ‌‌ ‍‌‍‍‍‌‌
Wa 'Idhā Ra'ayta Thamma Ra'ayta Na`īmāan Wa Mulkāan Kabīrāan 076020 Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya). ‌‌‌‌ ‌‍‍ ‍ ‌‍‌ ‌‌‌ ‍
`Āliyahum Thiyābu Sundusin Khrun Wa 'Istabraqun ۖ Wa Ĥullū 'Asāwira Min Fiđđatin Wa Saqāhum Rabbuhum Shabāan Ţahūan 076021 Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. ‍‍ ‍‌‍‍‍‍‌ ‌‌‍‍‍‍‍ۖ ‌‍‌ ‌‌‍‍‌ ‍‌‍‍‌ ‌‍‍‍‍ ‌‍‌‌‍‌‌
'Inna Hādhā Kāna Lakum Jazā'an Wa Kāna Sa`yukum Mashan 076022 (Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)". ‌‌ ‍‍‍ ‍‍‌‌ ‌‍‍‍ ‌‌
'Innā Naĥnu Nazzalnā `Alayka Al-Qur'āna Tanzīlāan 076023 Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur. ‍‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ‍‌‍‍
şbir Liĥukmi Rabbika Wa Lā Tuţi` Minhumthimāan 'Aw Kafūan 076024 Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar. ‍‍‌ ‌‍ ‌‌ ‍‍‍‍ ‍‌‍‍‍ ‌‌ ‌‌‌ ‌‌
Wa Adhkur Asma Rabbika Bukratan Wa 'Aşīlāan 076025 Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang; ‌‌‌ ‌‍ ‌ ‌‌‍
Wa Mina Al-Layli Fāsjud Lahu Wa Sabbiĥhu Laylāan Ţawīlāan 076026 Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. ‍‍‍‍‍ ‍‌ ‍ ‌ ‌
'Inna Hā'uulā' Yuĥibbūna Al-`Ājilata Wa Yadharūna Warā'ahum Yawmāan Thaqīlāan 076027 Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa). ‍‍‌‌‌ ‍‍‍ ‌‌‍‍‌ ‌‌‍‍‌‌ ‌‌ ‍‍‍
Naĥnu Khalaqnāhum Wa Shadadnā 'Asrahum ۖ Wa 'Idhā Shi'nā Baddalnā 'Amthālahum Tabdīlāan 076028 Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. ‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌‍ ۖ ‌‌‌‌‌ ‌ ‍‌ ‌ ‍‍‍
'Inna Hadhihi Tadhkiratun ۖ Faman Shā'a Attakhadha 'Ilá Rabbihi Sabīlāan 076029 Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat). ۖ ‍‌‍‍‌‌ ‍‍‍‌ ‌‌ ‌‍
Wa Mā Tashā'ūna 'Illā 'An Yashā'a Allāhu ۚ 'Inna Allāha Kāna `Alīmāan Ĥakīmāan 076030 Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). ‌ ‍‍‍‍‍‌ ‌‌ ‌‌‍‍‌‌ ۚ ‍ ‍‍‍
Yudkhilu Man Yashā'u Fī Raĥmatihi Wa ۚ Až-Žālimīna 'A`adda Lahum `Adhābāan 'Alīmāan 076031 Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ‍‍‍ ‍‌‍‍‌‌ ‌‍ ۚ‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌‌ ‌
Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Next Sūrah