Roman Script    Reciting key words            Previous Sūrah    Quraan Index    Home  

54) Sūrat Al-Qamar

Printed format

54)

Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Aqtarabati As-Sā`atu Wa Anshaqqa Al-Qamaru 054001 Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan. ‍‍‍‍ ‍ ‌‍‍ ‍‍
Wa 'In Yaraw 'Āyatan Yu`riđū Wa Yaqūlū Siĥrun Mustamirrun 054002 Dan kalau mereka (kaum musyrik Makkah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: "(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku". ‌‌‌‌‌ ‌ ‌ ‍‍‍‌ ‌‍‍‍‌ ‍‍‍
Wa Kadhdhabū Wa Attaba`ū 'Ahwā'ahum ۚ Wa Kullu 'Amrin Mustaqirrun 054003 Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah). ‌ ‌‌ ‌‍‍‌ۚ ‌ ‌‌ ‍‍‍‍‍
Wa Laqad Jā'ahum Mina Al-'Anbā'i Mā Fīhi Muzdajarun 054004 Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu). ‌ ‍‍‍‍‍‍‍‌‌ ‌ ‍‍‍‍‍ ‌
Ĥikmatun Bālighatun ۖ Famā Tughni An-Nudhuru 054005 (Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar). ‌ ‍‍‍‍‌ۖ ‌ ‍‍‍‍‍‍‌
Fatawalla `Anhum ۘ Yawma Yad`u Ad-Dā`i 'Ilá Shay'in Nukurin 054006 Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah); ‍‌‍‍ۘ ‍‍‌ ‌‌ ‍
Khushsha`āan 'Abşāruhum Yakhrujūna Mina Al-'Ajthi Ka'annahum Jarādun Muntashirun 054007 (Pada saat itu) masing-masing - dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran. ‍‌ ‌‍‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‌ ‍ ‍‍‌‌ ‍‌‍‍
Muhţi`īna 'Ilá Ad-Dā`i ۖ Yaqūlu Al-Kāfirūna Hādhā Yawmun `Asirun 054008 Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: "Hari ini ialah hari yang amat sukar!" ‍‍‍‍‍‍ ‌‌ ‍‍‌ ۖ‍‍ ‍‍‌ ‌‌ ‍
Kadhdhabat Qablahum Qawmu Nūĥin Fakadhdhabū `Abdanā Wa Qālū Majnūnun Wa Azdujira 054009 Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: "Ia seorang gila"; dan ia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah ugama). ‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍‌ ‌‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‌ ‌‌‌‍‍
Fada`ā Rabbahu~ 'Annī Maghlūbunntaşir 054010 Lalu ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!" ‌ ‌‍~‍ ‍‍‍‍‍‍‍‌ ‌‍‍‍‍
Fafataĥnā 'Abwāba As-Samā'i Bimā'in Munhamirin 054011 Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah. ‌ ‌‍‍‌ ‍‍‍‍‌‌ ‍‍‍‌ ‍‌‍‍‍‍‍‍
Wa Fajjarnā Al-'Arđa `Uyūnāan Fāltaqá Al-Mā'u `Alá 'Amrin Qad Qudira 054012 Dan Kami jadikan bumi memancarkan matair-matair (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. ‌‍‌ ‍‍‍‍‌ ‍‍‌‌ ‍‌ ‌‌‍‍‌‍
Wa Ĥamalnāhu `Alá Dhāti 'Alwāĥin Wa Dusurin 054013 Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku; ‍‍ ‌ ‌‍‍‌‍‍‌‌ ‌‌
Tajrī Bi'a`yuninā Jazā'an Liman Kāna Kufira 054014 Yang belayar laju dengan pemuliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar! ‍‍‍‍‌‌ ‍‌‍‍
Wa Laqad Taraknāhā 'Āyatan Fahal Min Muddakirin 054015 Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf? ‌ ‍‌ ‌‌ ‌ ‍‌‍‍
Fakayfa Kāna `Adhābī Wa Nudhuri 054016 Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu. ‍‍‍ ‍‍‍ ‌ ‌
Wa Laqad Yassarnā Al-Qur'āna Lildhdhikri Fahal Min Muddakirin 054017 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? ‌ ‌ ‍‍‍‌ ‍‍‍‌ ‍‌‍‍
Kadhdhabat `Ādun Fakayfa Kāna `Adhābī Wa Nudhuri 054018 (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu! ‍‍‌‌‌ ‍‍‍‍ ‍‍‍ ‌ ‌
'Innā 'Arsalnā `Alayhim Rīĥāan Şarşaan Fī Yawmi Naĥsin Mustamirrin 054019 Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; - ‌ ‌‌‌ ‍‍‍‌‌‌ ‍ ‌ ‍‍‍
Tanzi`u An-Nāsa Ka'annahum 'A`jāzu Nakhlin Munqa`irin 054020 Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar. ‍‌‍‍‍‍‍‍ ‍ ‌‍‍‍‌‌ ‍‍‍‌ ‍‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍
Fakayfa Kāna `Adhābī Wa Nudhuri 054021 Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu! ‍‍‍ ‍‍‍ ‌ ‌
Wa Laqad Yassarnā Al-Qur'āna Lildhdhikri Fahal Min Muddakirin 054022 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? ‌ ‌ ‍‍‍‌ ‍‍‍‌ ‍‌‍‍
Kadhdhabat Thamūdu Bin-Nudhuri 054023 (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka - Nabi Soleh). ‍‍‌‌ ‍‍‍
Faqālū 'Abashaan Minnā Wāĥidāan Nattabi`uhu~ 'Innā 'Idhāan Lafī Đalālin Wa Su`urin 054024 Lalu mereka berkata: "Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila! ‍‍‌ ‌‌‌ ‍‍‍‍‌ ‌‌‌~‌ ‌‌‌‌ ‌
'A'uulqiya Adh-Dhikru `Alayhi Min Bayninā Bal Huwa Kadhdhābun 'Ashirun 054025 "Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dia lah seorang pendusta, lagi sombong angkuh". ‌‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍ ‍‌ ‌ ‌ ‍‍‌
Saya`lamūna Ghadāan Mani Al-Kadhdhābu Al-'Ashiru 054026 Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu. ‍‍ ‍‌‍‍‌
'Innā Mursilū An-Nāqati Fitnatan Lahum Fārtaqibhum Wa Aşţabir 054027 Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): "Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka). ‍‌ ‌ ‍‍ ‌ ‌‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍
Wa Nabbi'hum 'Anna Al-Mā'a Qismatun Baynahum ۖ Kullu Shirbin Muĥtađarun 054028 "Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya)". ‍‍‌‌ ‍‌ۖ‌ ‍‍‍
Fanādaw Şāĥibahum Fata`āţá Fa`aqara 054029 (Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya. ‌‌‌‌ ‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍
Fakayfa Kāna `Adhābī Wa Nudhuri 054030 Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu! ‍‍‍ ‍‍‍ ‌ ‌
'Innā 'Arsalnā `Alayhim Şayĥatan Wāĥidatan Fakānū Kahashīmi Al-Muĥtažiri 054031 Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak. ‌ ‌‌‌ ‌ ‌‌‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍
Wa Laqad Yassarnā Al-Qur'āna Lildhdhikri Fahal Min Muddakirin 054032 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? ‌ ‌ ‍‍‍‌ ‍‍‍‌ ‍‌‍‍
Kadhdhabat Qawmu Lūţin Bin-Nudhuri 054033 (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). ‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍
'Innā 'Arsalnā `Alayhim Ĥāşibāan 'Illā 'Āla Lūţin ۖ Najjaynāhum Bisaĥarin 054034 Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, ‌ ‌‌‌ ‍‌‌ ‌‌ ‌ ‍‍‍ۖ
Ni`matan Min `Indinā ۚ Kadhālika Najzī Man Shakara 054035 Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. ‌ ‍‌ ‍‌‍‍‍‌ ۚ‍‍‍ ‍‌
Wa Laqad 'Andharahum Baţshatanā Fatamāraw Bin-Nudhuri 054036 Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. ‌ ‌‌‍‌‍‍‍‍‌ ‌‍‌‌‌ ‍‍‍
Wa Laqad wadūhu `An Đayfihi Faţamasnā 'A`yunahum Fadhūqū `Adhābī Wa Nudhuri 054037 Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): "Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!" ‌ ‌‍‌‌‌‍‍‌ ‍‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ‌ ‌‌ ‌ ‌
Wa Laqad Şabbaĥahum Bukratan `Adhābun Mustaqirrun 054038 Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya). ‍ ‍ ‍‍‌‌ ‍‍‍‍‍
Fadhūqū `Adhābī Wa Nudhuri 054039 Lalu (dikatakan kepada mereka): "Rasalah azabKu, dan kesan amaran-amaranKu!" ‌ ‌ ‌
Wa Laqad Yassarnā Al-Qur'āna Lildhdhikri Fahal Min Muddakirin 054040 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? ‌ ‌ ‍‍‍‌ ‍‍‍‌ ‍‌‍‍
Wa Laqad Jā'a 'Āla Fir`awna An-Nudhuru 054041 Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran. ‌ ‍‍‍‌‌ ‌ ‍ ‍‍‍‌
Kadhdhabū Bi'āyātinā Kullihā Fa'akhadhnāhum 'Akhdha `Azīzin Muqtadirin 054042 Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa. ‌ ‌ ‌ ‍‍ ‌‍‍‌ ‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍
'Akuffārukum Khayrun Min 'Ūla'ikum 'Am Lakum Barā'atun Az-Zuburi 054043 Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Makkah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)? ‍‍‌ ‍‌‍‍‌ ‌ ‍‍‌‌‌
'Am Yaqūlūna Naĥnu Jamī`un Muntaşirun 054044 (Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): "Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!" ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‌ ‍‌‍‍‍‍‍‍
Sayuhzamu Al-Jam`u Wa Yuwallūna Ad-Dubura 054045 Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan, dan mereka pula akan berpaling lari. ‌‍‍‍ ‍‍
Bali As-Sā`atu Maw`iduhum Wa As-Sā`atu 'Ad/há Wa 'Amarru 054046 (Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya). Dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit. ‍ ‌‍ ‌‌ ‌‌
'Inna Al-Mujrimīna Fī Đalālin Wa Su`urin 054047 Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api neraka. ‍‍‍‍‍‌ ‌
Yawma Yusĥabūna Fī An-Nāri `Alá Wujūhihim Dhūqū Massa Saqara 054048 Semasa mereka diseret di dalam neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): "Rasalah kamu bakaran api neraka". ‍‍ ‍‍‍‍‍‍‌ ‌ ‌ ‌‌‌ ‍‍‍‍‍‍‍
'Innā Kulla Shay'in Khalaqnāhu Biqadarin 054049 Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). ‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‌
Wa Mā 'Amrunā 'Illā Wāĥidatun Kalamĥin Bil-Başari 054050 Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata. ‌ ‌‍‌ ‌‌ ‌‌‌ ‌ ‍‍‍
Wa Laqad 'Ahlaknā 'Ashyā`akum Fahal Min Muddakirin 054051 Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran? ‌ ‌‍‌ ‌ ‍‌‍‍
Wa Kullu Shay'in Fa`alūhu Fī Az-Zuburi 054052 Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal; ‌ ‍‍‍
Wa Kullu Şaghīrin Wa Kabīrin Mustaţarun 054053 Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit. ‍‍‍‍‌ ‌‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍
'Inna Al-Muttaqīna Fī Jannātin Wa Naharin 054054 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai, ‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‌ ‌
Fī Maq`adi Şidqin `Inda Malīkin Muqtadirin 054055 Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya. ‍‍‍‌ ‍‌‍‍‍‌ ‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍
Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Next Sūrah