Roman Script    Reciting key words            Previous Sūrah    Quraan Index    Home  

53) Sūrat An-Najm

Printed format

53)

Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Wa An-Najmi 'Idhā Hawá 053001 Demi bintang semasa ia menjunam, - ‌‍‍‍‍‍‍ ‌‌‌‌ ‌
Đalla Şāĥibukum Wa Mā Ghawá 053002 Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). ‍ ‌‌ ‍‌
Wa Mā Yanţiqu `Ani Al-Hawá 053003 Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. ‌ ‍‌‍‍‍‍‍‍
'In Huwa 'Illā Waĥyun Yūĥá 053004 Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. ‌ ‌‌ ‌
`Allamahu Shadīdu Al-Quwá 053005 wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, - ‍‍‍‍‌ ‍‍‍‌
Dhū Mirratin Fāstawá 053006 Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, - ‌‌ ‍‍‍‌‌ ‌
Wa Huwa Bil-'Ufuqi Al-'A`lá 053007 Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit); ‌ ‍
Thumma Danā Fatadallá 053008 Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit, ‌‌
Fakāna Qāba Qawsayni 'Aw 'Ad 053009 Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; ‍‍ ‍‍‍‍‍ ‌‌‌ ‌
Fa'awĥá 'Ilá `Abdihi Mā 'Awĥá 053010 Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya. ‌‍‌ ‌‌ ‍‍‍‌ ‌‌
Mā Kadhaba Al-Fu'uādu Mā Ra'á 053011 Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya. ‍‍‌‌‌ ‌ ‌‍‌‌
'Afatumārūnahu `Alá Mā Yará 053012 Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu? ‌‌‍ ‌ ‌ ‍
Wa Laqad Ra'āhu Nazlatan 'Ukh 053013 Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, ‌ ‌‍‌ ‌‍
`Inda Sidrati Al-Muntahá 053014 Di sisi "Sidratul-Muntaha"; ‍‌‍‍‍‌ ‍‌‍ ‍‌‍‍
`Indahā Jannatu Al-Ma'wá 053015 Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". ‍‌‍‍‍‌ ‍‍‍‌‌
'Idh Yaghshá As-Sidrata Mā Yaghshá 053016 (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. ‌‌ ‍‍‍‍‌ ‍‍‌‍ ‌ ‍‍‍
Mā Zāgha Al-Başaru Wa Mā Ţaghá 053017 Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. ‌ ‌‍‍‌ ‍‍‍‌ ‌‌ ‍‍
Laqad Ra'á Min 'Āyāti Rabbihi Al-Kub 053018 Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. ‌ ‌‍‌‌‌ ‍‌ ‌‍‍‍ ‌‍ ‍‍‍‍
'Afara'aytumu Al-Lāta Wa Al-`Uzzá 053019 (Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" - ‍ ‌
Wa Manāata Ath-Thālithata Al-'Ukh 053020 Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)? ‍‍
'Alakumu Adh-Dhakaru Wa Lahu Al-'Unthá 053021 Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)? ‍‌ ‌
Tilka 'Idhāan Qismatun Đīzá 053022 Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil. ‌‌‌‌‍‌‍‌
'In Hiya 'Illā 'Asmā'un Sammaytumūhā 'Antum Wa 'Ābā'uukum Mā 'Anzala Allāhu Bihā Min Sulţānin ۚ 'In Yattabi`ūna 'Illā Až-Žanna Wa Mā Tahwá Al-'Anfusu ۖ Wa Laqad Jā'ahum Min Rabbihimu Al-Hudá 053023 Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka. ‌‌ ‌‍‍‍‌‌‌ ‍‍‍‍‍‌ ‌‌‍ ‌‌‍‍‍‌ ‍‌ ‌‌‍ ‌ ‍‌‍‍ۚ ‌‌‍‍ ‌‌ ‍‍ ‌‌ ‌‌ ۖ ‌‍‍‍‌ ‍‍‍‌ ‍‌ ‌‍
'Am Lil'insāni Mā Tamanná 053024 Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!). ‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍
Falillāhi Al-'Ākhiratu Wa Al-'Ūlá 053025 Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia. ‍‍‍‍
Wa Kam Min Malakin As-Samāwāti Lā TughShafā`atuhum Shay'āan 'Illā Min Ba`di 'An Ya'dhana Allāhu Liman Yashā'u Wa Yarđá 053026 (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya. ‍‌‍‌‍‍‌ ‌ ‍‍‍‍ ‍‍‍‍‌‌ ‌‌ ‍‌ ‌ ‌‌‍ ‍‌‍‍‌‌ ‌‍
'Inna Al-Ladhīna Lā Yu'uminūna Bil-'Ākhirati Layusammūna Al-Malā'ikata Tasmiyata Al-'Unthá 053027 Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan, ‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍
Wa Mā Lahum Bihi Min `Ilmin ۖ 'In Yattabi`ūna 'Illā Až-Žanna ۖ Wa 'Inna Až-Žanna Lā Yughnī Mina Al-Ĥaqqi Shay'āan 053028 Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). ‌ ‍ ‍‌ۖ ‌‌‍‍ ‌‌ ‍‍ ۖ ‌‌ ‍‍ ‌ ‍‍‍‍‍
Fa'a`riđ `An Man Tawallá `An Dhikrinā Wa Lam Yurid 'Illā Al-Ĥayāata Ad-Dun 053029 Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata. ‍‌ ‍‌ ‌ ‍‌ ‌‍‌ ‌ ‍‌ ‌‌ ‍‍ ‍‌
Dhālika Mablaghuhum Mina Al-`Ilmi ۚ 'Inna Rabbaka Huwa 'A`lamu Biman Đalla `An Sabīlihi Wa Huwa 'A`lamu Bimani Ahtadá 053030 (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk. ‍‍‍‍‍‍ ۚ ‌‍ ‌ ‌ ‍‌ ‍ ‍‌ ‌‌ ‌
Wa Lillāh Mā Fī As-Samāwāti Wa Mā Fī Al-'Arđi Liyajziya Al-Ladhīna 'Asā'ū Bimā `Amilū Wa Yajziya Al-Ladhīna 'Aĥsanū Bil-Ĥusná 053031 Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya. ‍‌‍‍‌ ‌‌ ‌‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‌‌‌ ‌ ‌ ‌‍‍‍‍‍‍‍ ‌‌ ‍
Al-Ladhīna Yajtanibūna Kabā'ira Al-'Ithmi Wa Al-Fawāĥisha 'Illā Al-Lamama ۚ 'Inna Rabbaka Wāsi`u Al-Maghfirati ۚ Huwa 'A`lamu Bikum 'Idh 'Ansha'akum Mina Al-'Arđi Wa 'Idh 'Antum 'Ajinnatun Fī Buţūni 'Ummahātikum ۖ Falā Tuzakkū 'Anfusakum ۖ Huwa 'A`lamu Bimani Attaqá 053032 (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. ‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‌ ‌ ‌‌ ۚ ‌‍ ‌‌ ‍‍‍‍ ۚ ‌ ‌ ‌‌‌ ‌‌‌‍ ‌‌‌‌ ‌‌‍ ‌‍‍‍‍‌‌ ‍‍‍ۖ ‌ ‍‌ ‌‌ۖ ‌ ‌ ‍‍
'Afara'ayta Al-Ladhī Tawallá 053033 Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?
Wa 'A`ţá Qalīlāan Wa 'Akdá 053034 Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)? ‌‍‍‍‍‌ ‌ ‌‌‌
'A`indahu `Ilmu Al-Ghaybi Fahuwa Yará 053035 Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)? ‍‌‍‍ ‍‍‍‍‍ ‌ ‍
'Am Lam Yunabba' Bimā Fī Şuĥufi Mūsá 053036 Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa - ‌ ‌
Wa 'Ibhīma Al-Ladhī Wa Ffá 053037 Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)? ‍‍‌‍‍‍‍
'Allā Taziru Wāziratun Wizra 'Ukh 053038 (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); ‍‍‌ ‌‌‌‌‍‌ ‌‌‌‍‌ ‌‍
Wa 'An Laysa Lil'insāni 'Illā Mā Sa`á 053039 Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; ‌‌‍‍‍ ‌‍‍‍‍ ‌‌ ‌
Wa 'Anna Sa`yahu Sawfa Yurá 053040 Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
Thumma Yujzāhu Al-Jazā'a Al-'Awfá 053041 Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna; ‍‍‍‍‌ ‍‍‌‌‌
Wa 'Anna 'Ilá Rabbika Al-Muntahá 053042 Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara); ‌‌ ‌‍ ‍‌‍‍
Wa 'Annahu Huwa 'Ađĥaka Wa 'Ab 053043 Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; ‌ ‌‍‍ ‌‌
Wa 'Annahu Huwa 'Amāta Wa 'Aĥyā 053044 Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan; ‌ ‌‍‍‍ ‌‌
Wa 'Annahu Khalaqa Az-Zawjayni Adh-Dhakara Wa Al-'Unthá 053045 Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, - ‍‍ ‍‌‍‍‍‍‍‌ ‌
Min Nuţfatin 'Idhā Tum 053046 Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim); ‍‌‍‍‍‌‌ ‌‌‌‌
Wa 'Anna `Alayhi An-Nash'ata Al-'Ukh 053047 Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati); ‍‍‍‍
Wa 'Annahu Huwa 'Aghná Wa 'Aq 053048 Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan; ‌ ‌‍‍‍‍‌ ‌‌‍‍
Wa 'Annahu Huwa Rabbu Ash-Shi`rá 053049 Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra; ‌ ‌‍ ‍‍
Wa 'Annahu~ 'Ahlaka `Ādāan Al-'Ūlá 053050 Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), - ~ ‌ ‌‌‌‍‍
Wa Thamūda Famā 'Abqá 053051 Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup. ‍‍‌‌ ‍‌ ‌‍‍‍‍
Wa Qawma Nūĥin Min Qablu ۖ 'Innahum Kānū Hum 'Ažlama Wa 'Aţghá 053052 Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas. ‍‍‌ ‍‌ ‍‍ۖ‌ ‌‍‍ ‌‌‍‍‍‍‍‍
Wa Al-Mu'utafikata 'Ahwá 053053 Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi; ‌ ‌‌
Faghashshāhā Mā Ghashshá 053054 Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya. ‍‍‍‌ ‌
Fabi'ayyi 'Ālā'i Rabbika Tatamārá 053055 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)? ‌‌‌ ‌‍ ‌‍
dhā Nadhīrun Mina An-Nudhuri Al-'Ūlá 053056 (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu! ‌‌ ‍‍‍‍‍‍‍‌ ‍‍
'Azifati Al-'Āzifatu 053057 Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);
Laysa Lahā Min Dūni Allāhi Kāshifatun 053058 Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. ‍‍‍ ‌ ‍‌‍‍‌
'Afamin Hādhā Al-Ĥadīthi Ta`jabūna 053059 Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? ‍‌ ‌‌ ‍‍‍
Wa Tađĥakūna Wa Lā Tabkūna 053060 Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? ‍‍‍‍ ‌‌ ‍‍‍
Wa 'Antum Sāmidūna 053061 Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan? ‌‌‍ ‌
Fāsjudū Lillāh Wa A`budū 053062 Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid). ‍‍‌‌
Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Next Sūrah