Roman Script    Reciting key words            Previous Sūrah    Quraan Index    Home  

81) Sūrat At-Takwīr

Printed format

81)

Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
'Idhā Ash-Shamsu Kūwirat 081001 Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); ‌‌‌ ‍ ‌‍
Wa 'Idhā An-Nujūmu Ankadarat 081002 Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; ‌‌‌‌ ‍‍‍‍‍‍ ‍‌‍
Wa 'Idhā Al-Jibālu Suyyirat 081003 Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); ‌‌‌‌ ‍‍
Wa 'Idhā Al-`Ishāru `Uţţilat 081004 Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; ‌‌‌‌ ‍‍‌‌ ‍‍‍
Wa 'Idhā Al-Wuĥūshu Ĥushirat 081005 Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; ‌‌‌‌ ‍‍
Wa 'Idhā Al-Biĥāru Sujjirat 081006 Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; ‌‌‌‌ ‍‍‌‌ ‍
Wa 'Idhā An-Nufūsu Zūwijat 081007 Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya; ‌‌‌‌ ‍‍‍‍‍‍ ‌‌
Wa 'Idhā Al-Maw'ūdatu Su'ilat 081008 Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, ‌‌‌‌ ‍‍‌‌
Bi'ayyi Dhanbin Qutilat 081009 Dengan dosa apakah ia dibunuh? ‌‌‍‌
Wa 'Idhā Aş-Şuĥufu Nushirat 081010 Dan apabila surat-surat amal dibentangkan; ‌‌‌‌ ‍‍‍ ‍
Wa 'Idhā As-Samā'u Kushiţat 081011 Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya; ‌‌‌‌ ‍‍‍‍‌‌ ‍‍‍‍‍
Wa 'Idhā Al-Jaĥīmu Su``irat 081012 Dan apabila neraka dinyalakan menjulang; ‌‌‌‌ ‍‍‍‍ ‍
Wa 'Idhā Al-Jannatu 'Uzlifat 081013 Dan apabila Syurga didekatkan; ‌‌‌‌ ‍‍‍ ‌‌
`Alimat Nafsun Mā 'Aĥđarat 081014 (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. ‌ ‍‌ ‌‍‍‍
Falā 'Uqsimu Bil-Khunnasi 081015 Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul; ‌ ‌‍‍‍ ‍‍‍‍‍
Al-Jawāri Al-Kunnasi 081016 Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya; ‍‍‌‍‍‌ ‍‍
Wa Al-Layli 'Idhā `As`asa 081017 Dan malam, apabila ia hampir habis, ‌‍‍‍‍ ‌‌‌‌
Wa Aş-Şubĥi 'Idhā Tanaffasa 081018 Dan siang, apabila ia mulai terang; ‌‍‍‍‍‍‍ ‌‌‌‌
'Innahu Laqawlu Rasūlin Karīmin 081019 Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia, ‍‍ ‌‍‍‍‌ ‍
Dhī Qūwatin `Inda Dhī Al-`Arshi Makīnin 081020 Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy, ‍ ‍‌‍‍‍‌ ‌
Muţā`in Thamma 'Amīnin 081021 Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai. ‌ ‍
Wa Mā Şāĥibukum Bimajnūnin 081022 Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh); ‍ ‍‍‍
Wa Laqad Ra'āhu Bil-'Ufuqi Al-Mubīni 081023 Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata. ‌ ‌‍‌ ‍
Wa Mā Huwa `Alá Al-Ghaybi Biđanīnin 081024 Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib. ‌ ‌ ‌ ‍‍‍‍‍ ‍‍‍
Wa Mā Huwa Biqawli Shayţānin Rajīmin 081025 Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam. ‌ ‌ ‍‍‍‍‍‌ ‌‍
Fa'ayna Tadh/habūna 081026 (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
'In Huwa 'Illā Dhikrun Lil`ālamīna 081027 Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam: ‌ ‌‌ ‌
Liman Shā'a Minkum 'An Yastaqīma 081028 Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. ‍‌‍‍‌‌ ‍‌‍‍‍ ‌‌‍‍
Wa Mā Tashā'ūna 'Illā 'An Yashā'a Allāhu Rabbu Al-`Ālamīna 081029 Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. ‌ ‍‍‍‍‍‌ ‌‌ ‌‌‍‍‌‌ ‍ ‌‍
Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Next Sūrah