Roman Script    Reciting key words            Previous Sūrah    Quraan Index    Home  

33) Sūrat Al-'Aĥzāb

Printed format

33)

Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Yā 'Ayyuhā An-Nabīyu Attaqi Allāha Wa Lā Tuţi`i Al-Kāfirīna Wa Al-Munāfiqīna ۗ 'Inna Allāha Kāna `Alīmāan Ĥakīmāan 033001 Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. ‌ ‌‌ ‍‍ ‍ ‌‌ ‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍ۗ ‍ ‍‍‍
Wa Attabi` Mā Yūĥá 'Ilayka Min Rabbika ۚ 'Inna Allāha Kāna Bimā Ta`malūna Khabīrāan 033002 Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. ‌ ‌ ‍‌ ‌‍‍‍‍ ‍‌ ‌‍ ۚ ‍ ‍‍‍ ‌ ‍‍‍ ‍‍
Wa Tawakkal `Alá Allāhi ۚ Wa Kafá Billāhi Wa Kīlāan 033003 Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu. ۚ ‌‌ ‍‍ ‌
Mā Ja`ala Allāhu Lirajulin Min Qalbayni Fī Jawfihi ۚ Wa Mā Ja`ala 'Azwājakumu Al-Lā'ī Tužāhirūna Minhunna 'Ummahātikum ۚ Wa Mā Ja`ala 'Ad`iyā'akum 'Abnā'akum ۚ Dhālikum Qawlukum Bi'afwāhikum Wa ۖ Allāhu Yaqūlu Al-Ĥaqqa Wa Huwa Yahdī As-Sabīla 033004 (Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul. ‍ ‍‌ ‍‌ ‍‍‍‍‍ ‍ ۚ ‌‌ ‌‌‌‌ ‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‌ ‍‌‍‍‍‍ۚ ‌‌ ‌‍‍‌ ‌‍‍‍‍ۚ‍ ‌ ۖ‍‍ ‌‌
Ad`ūhum Li'abā'ihim Huwa 'Aqsaţu `Inda Allāhi ۚ Fa'in Lam Ta`lamū 'Ābā'ahum Fa'ikhwānukum Ad-Dīni Wa Mawālīkum ۚ Wa Laysa `Alaykum Junāĥun Fīmā 'Akhţa'tum Bihi Wa Lakin Mā Ta`ammadat Qulūbukum ۚ Wa Kāna Allāhu Ghafūan Raĥīmāan 033005 Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ‍‍ ‌ ‌‍‍‍‍ ‍‌‍‍‍‌ ۚ‌ ‌‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍ ‌‌ ۚ ‌‍‍‍‍ ‍‍‍‌ ‍‌ ‌‍‍‍‍ ‍ ‌‍‌ ‌ ‍‍‍ۚ ‌‍‍‍ ‍‌‌‌ ‌‍
An-Nabīyu 'Awlá Bil-Mu'uminīna Min 'Anfusihim ۖ Wa 'Azwājuhu~ 'Ummahātuhum ۗ Wa 'Ūlū Al-'Arĥāmi Ba`đuhum 'Awlá Biba`đin Fī Kitābi Allāhi Mina Al-Mu'uminīna Wa Al-Muhājirīna 'Illā 'An Taf`alū 'Ilá 'Awliyā'ikum Ma`rūfāan ۚ Kāna Dhālika Fī Al-Kitābi Masţūan 033006 Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah. ‍‍‍ ‌‌‌ ‍‍‍‍‍ ‍‌ ‌‌ۖ ‌‌‌‌‌~ۗ ‌‌‍‍‌‌ ‌‍‍‍‍‍‍ ‌‌‌ ‍‌ ‍‍‍ ‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍ ‌‌ ‌‌‌ ‌‍‌ ‌‌‍‍‍ ‌‌ۚ‍‍‍‍‍‍‍‌‌
Wa 'Idh 'Akhadhnā Mina An-Nabīyīna Mīthāqahum Wa Minka Wa Min Nūĥin Wa 'Ibhīma Wa Mūsá Wa `Īsá Abni Maryama ۖ Wa 'Akhadhnā Minhumthāqāan Ghalīžāan 033007 (Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka); ‌‌‌ ‌‍‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍‌‍‍‍ ‌‍‌‍‍‌ ‌‌‍‍‌‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌‌ ۖ ‌‌‍‍‌ ‍‌‍‍‍‌ ‍‍‍‍
Liyas'ala Aş-Şādiqīna `An Şidqihim ۚ Wa 'A`adda Lilkāfirīna `Adhābāan 'Alīmāan 033008 (Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan balasan baik mereka); dan (sebaliknya) Ia telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ‍‍‍‌‍‍‍ ‍‌ ‍‍ۚ ‌‌‌ ‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌
Yā 'Ayyuhā Al-Ladhīna 'Āmanū Adhkurū Ni`mata Allāhi `Alaykum 'Idh Jā'atkum Junūdun Fa'arsalnā `Alayhim Rīĥāan Wa Junūdāan Lam Tarawhā ۚ Wa Kāna Allāhu Bimā Ta`malūna Başīrāan 033009 Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. ‍‍‌‌ ‍‍‍‍ ‌‌‌‍ ‌‌‌ ‍‍‍‌ ‍‍‍‌‌‌ ‌‌ ‌ ‌‌‌‌ ‍‌‌ ‌‍‍‍ ۚ ‍ ‌ ‍‍‍‍‍‍‍
'Idh Jā'ūkum Min Fawqikum Wa Min 'Asfala Minkum Wa 'Idhghati Al-'Abşāru Wa Balaghati Al-Qulūbu Al-Ĥanājira Wa Tažunnūna Billāhi Až-Žunūna 033010 Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. ‌‌ ‍‍‍‍‍‌ ‍‌‍ ‌‍‌ ‌ ‍‌‍‍‍ ‌‌‌‌ ‌‌‍‍‍‍‌‌ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‌ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍
Hunālika Abtuliya Al-Mu'uminūna Wa Zulzilū Zilzālāan Shadīdāan 033011 Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. ‍‍ ‌‌‌ ‌‌‌‌ ‌
Wa 'Idh Yaqūlu Al-Munāfiqūna Wa Al-Ladhīna Fī Qulūbihim Marađun Mā Wa`adanā Al-Lahu Wa Rasūluhu~ 'Illā Ghurūan 033012 Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja". ‌‌‌ ‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‌ ‌ ‌‌ ‌‌‍~ ‌‌ ‍‌‌‌
Wa 'Idh Qālat Ţā'ifatun Minhum Yā 'Ahla Yathriba Lā Muqāma Lakum Fārji`ū ۚ Wa Yasta'dhinu Farīqun Minhumu An-Nabīya Yaqūlūna 'Inna Buyūtanā `Awratun Wa Mā Hiya Bi`awratin ۖ 'In Yurīdūna 'Illā Firāan 033013 Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam). ‌‌‌ ‌ ‍‌‍‍‍ ‍‍‍‌ ‍ ‌ ‍‍‍‌ ‌‌ ۚ‍‍‍‌ ‍‌‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍ ‌ ‌‍‌ ‌‌ ‌‍‌ ‌‌ ۖ‍‍‌ ‌‌ ‍‌‌‌
Wa Law Dukhilat `Alayhim Min 'Aqţārihā Thumma Su'ilū Al-Fitnata La'ātawhā Wa Mā Talabbathū Bihā 'Illā Yasīrāan 033014 Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja. ‌ ‌‍‍ ‍‌‍‍‍‍‍‍‌ ‍ ‌ ‌‌ ‌ ‍‌ ‌‌ ‍
Wa Laqad Kānū `Āhadū Allaha Min Qablu Lā Yuwallūna Al-'Adbāra ۚ Wa Kāna `Ahdu Allāhi Mas'ūlāan 033015 Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya). ‌ ‌‍ ‍‌ ‍‍‍ ‌ ‍‍‍ ‍‍‌‍ۚ ‌‍‍‍‍ ‍‍‍
Qul Lan Yanfa`akumu Al-Firāru 'In Farartum Mina Al-Mawti 'Awi Al-Qatli Wa 'Idhāan Lā Tumatta`ūna 'Illā Qalīlāan 033016 Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja". ‍ ‍‌ ‍‌‍‍‍‌‌‌ ‌‌ ‌‌‌ ‍‍‍ ‌‌‌‌‌ ‌ ‍‍‍ ‌‌
Qul Man Dhā Al-Ladhī Ya`şimukum Mina Allāhi 'In 'Arāda Bikum Sū'āan 'Aw 'Arāda Bikum Raĥmatan ۚ Wa Lā Yajidūna Lahum Min Dūni Allāhi Walīyāan Wa Lā Naşīrāan 033017 Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka. ‍ ‍‌ ‌‌‌ ‍‍‍ ‌‌ ‌‌‍‌‌‌ ‍‍‍‌‌‌ ‌‌‌ ‌‌‍‌‌‌ ‌‍ ۚ ‌‌ ‍‍‌ ‍‌‍‍‌ ‍ ‌‌ ‌‌ ‍‍‍‍‍
Qad Ya`lamu Allāhu Al-Mu`awwiqīna Minkum Wa Al-Qā'ilīna Li'ikhwānihim Halumma 'Ilaynā ۖ Wa Lā Ya'tūna Al-Ba'sa 'Illā Qalīlāan 033018 Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Marilah bersatu dengan kami", sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja. ‍‍‍‍‍ ‍‌‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍‌ ‍ ‌‌ ۖ ‌‌ ‍‍‍ ‌‌
'Ashiĥĥatan `Alaykum ۖ Fa'idhā Jā'a Al-Khawfu Ra'aytahum Yanžurūna 'Ilayka Tadūru 'A`yunuhum Kālladhī Yughshá `Alayhi Mina Al-Mawti ۖ Fa'idhā Dhahaba Al-Khawfu Salaqūkum Bi'alsinatin Ĥidādin 'Ashiĥĥatan `Alá Al-Khayri ۚ 'Ūlā'ika Lam Yu'uminū Fa'aĥbaţa Allāhu 'A`mālahum ۚ Wa Kāna Dhālika `Alá Allāhi Yasīrāan 033019 Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. ۖ ‌‌‌ ‍‍‍‌‌ ‍‍ ‌‍‌ ‍‌‍‍‍‍‍‍‍‍‌ ‌‍‍‍‍‍‌‌‌ ‌ ‍‍‍‍‌ ‍‍‍ ۖ ‌‌‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍‌‌‌ ‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ۚ‍‍‌‍‍‍ ‌ ‍ ‍ ‌ ۚ ‌‍‍‍ ‌ ‌ ‍ ‍
Yaĥsabūna Al-'Aĥzāba Lam Yadh/habū ۖ Wa 'In Ya'ti Al-'Aĥzābu Yawaddū Law 'Annahum Bādūna Fī Al-'A`rābi Yas'alūna `An 'Anbā'ikum ۖ Wa Law Kānū FīkumQātalū 'Illā Qalīlāan 033020 Mereka menyangka bahawa tentera "Al-Ahzaab" itu belum pergi; dan kalaulah tentera Al-Ahzaab datang semula, tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu; dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja. ‍‍ ‍‍‌ ۖ ‌‌‌ ‍‍‌ ‌‌‌ ‌ ‌‍ ‌‍‍‌ ‍‌‍‍ ‍‌ ‌‌‍‍‍‍ ۖ ‌‌ ‌ ‌ ‍‍‌ ‌‌
Laqad Kāna LakumRasūli Allāhi 'Uswatun Ĥasanatun Liman Kāna Yarjū Allaha Wa Al-Yawma Al-'Ākhira Wa Dhakara Allāha Kathīrāan 033021 Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) ‌ ‍‍‍ ‌‍‍‍ ‍ ‌ ‌ ‍‌‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍‌ ‌‌‍‍ ‍
Wa Lammā Ra'á Al-Mu'uminūna Al-'Aĥzāba Qālū Hādhā Mā Wa`adanā Al-Lahu Wa Rasūluhu Wa Şadaqa Allāhu Wa Rasūluhu ۚ Wa Mā Zādahum 'Illā 'Īmānāan Wa Taslīmāan 033022 Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. ‍‍‍‌ ‌‍‌‌‌ ‍‍ ‍‍‌ ‌ ‌‌ ‌ ‌‌ ‌‌‍ ‌‍‍‍ ‍ ‌‌‍ ۚ ‌‌ ‌‌‌ ‌‌ ‌‌ ‌
Mina Al-Mu'uminīna Rijālun Şadaqū Mā `Āhadū Allaha `Alayhi ۖ Faminhum Man Qađá Naĥbahu Wa Minhum Man Yantažiru ۖ Wa Mā Baddalū Tabdīlāan 033023 Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. ‍‍‍‍‍‍‍‌ ‌ ‌‍ ‍‍‍ۖ ‍‌‍‍‍ ‍‌ ‍‍‍‌ ‍ ‌‍‌‍‍‍ ‍‌ ‍‌‍‍‍‍‍‍‍‍‌ ۖ ‌‌ ‌ ‍‍‍
Liyajziya Allāhu Aş-Şādiqīna Bişidqihim Wa Yu`adhdhiba Al-Munāfiqīna 'In Shā'a 'Aw Yatūba `Alayhim ۚ 'Inna Allāha Kāna Ghafūan Raĥīmāan 033024 (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ‍‍‍‍‍‌‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍‍ ‌‌‍‍‌‌ ‌‌‌ ‍‍‍ ۚ ‍ ‍‍‍ ‍‌‌‌ ‌‍
Waradda Allāhu Al-Ladhīna Kafarū Bighayžihim Lam Yanālū Khayan ۚ Wa Kafá Allāhu Al-Mu'uminīna Al-Qitāla ۚ Wa Kāna Allāhu Qawīyāan `Azīzāan 033025 Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. ‌‍‌‌ ‍‍‍‍ ‌‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‌ۚ ‌‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ۚ ‌‍‍‍ ‍‌ ‌
Wa 'Anzala Al-Ladhīna Žāharūhum Min 'Ahli Al-Kitābi Min Şayāşīhim Wa Qadhafa Fī Qulūbihimu Ar-Ru`ba Farīqāan Taqtulūna Wa Ta'sirūna Farīqāan 033026 Dan Ia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikanNya hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian di antaranya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan. ‌‌‍‍‍‍‌ ‍‌‍‍ ‍‌ ‍ ‌‍‍ ‍‍‍‍‌‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‌‍‍
Wa 'Awrathakum 'Arđahum Wa Diyārahum Wa 'Amwālahum Wa 'Arđāan Lam Taţa'ūۚ Wa Kāna Allāhu `Alá Kulli Shay'in Qadīrāan 033027 Dan Ia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu menjejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ‌‌‌‍ ‌‌‍‍ ‌‌‌‍ ‌‌‌ ‌‌‌‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‌ ۚ ‌‍‍‍ ‍ ‌ ‍‍‍
Yā 'Ayyuhā An-Nabīyu Qul Li'zwājika 'In Kuntunna Turidna Al-Ĥayā Ata Ad-Dunyā Wa Zīnatahā Fata`ālayna 'Umatti`kunna Wa 'Usarriĥkunna Saĥāan Jamīlāan 033028 Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. ‍‍‌‌ ‍‍‍ ‌‌‌ ‌‌ ‍‌‍‍‍‍ ‍‍ ‍‌‍‌ ‌‌‌ ‍‍‍‍ ‌‍ ‌‌‍‌‌
Wa 'In Kuntunna Turidna Allāha Wa Rasūlahu Wa Ad-Dāra Al-'Ākhirata Fa'inna Allāha 'A`adda Lilmuĥsināti Minkunna 'Ajan `Ažīmāan 033029 "Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar". ‌‌ ‍‌‍‍‍‍ ‍ ‌‌‍‍‍‌‌‍‍‍ ‍ ‌‌ ‍‍‍ ‍‌‍‍‍‍‍‌‌ ‍‍‍
Yā Nisā'a An-Nabīyi Man Ya'ti Minkunna Bifāĥishatin Mubayyinatin Yuđā`af Lahā Al-`Adhābu Đi`fayni ۚ Wa Kāna Dhālika `Alá Allāhi Yasīrāan 033030 Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. ‍‍‌‌ ‍‍‍ ‍‌ ‍‌‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍ ‌ ‍‍‌ ‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍ ۚ ‌ ‌ ‍ ‍
Wa Man Yaqnut Minkunna Lillāh Wa Rasūlihi Wa Ta`mal Şāliĥāan Nu'utihā 'Ajrahā Marratayni Wa 'A`tadnā Lahā Rizqāan Karīmāan 033031 Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia. ‍‌‍‍‍ ‍‌‍‍‍‍ ‌‌‍‌ ‍‌ ‌‍‍‌ ‍‍‍‍ ‌‌‍‌ ‌ ‌‍‍‌‌ ‍
Yā Nisā'a An-Nabīyi Lastunna Ka'aĥadin Mina An-Nisā' ۚ 'Ini Attaqaytunna Falā Takhđa`na Bil-Qawli Fayaţma`a Al-Ladhī Fī Qalbihi Marađun Wa Qulna Qawlāan Ma`rūfāan 033032 Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). ‍‍‌‌ ‍‍‍ ‍ ‍‍‍‍‌‌ ‌ ۚ ‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍ ‍‍‌ ‌‍‌ ‌
Wa Qarna Fī Buyūtikunna Wa Lā Tabarrajna Tabarruja Al-Jāhilīyati Al-'Ūlá ۖ Wa 'Aqimna Aş-Şalāata Wa 'Ātīna Az-Zakāata Wa 'Aţi`na Allāha Wa Rasūlahu~ ۚ 'Innamā Yurīdu Allāhu Liyudh/hiba `Ankumu Ar-Rijsa 'Ahla Al-Bayti Wa Yuţahhirakum Taţrāan 033033 Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). ‍ ‍ ‌‌ ‍ ‍‍‌‌ ۖ ‌‌‍‍‍‍ ‌‌‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌‌‍‍ ‌‌‍~ ۚ‍‌ ‍‍‍‍‍‌ ‍ ‍‌‍‍‍ ‌ ‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍
Wa Adhkurna Mā Yutlá Fī Buyūtikunna Min 'Āyāti Allāhi Wa Al-Ĥikmati ۚ 'Inna Allāha Kāna Laţīfāan Khabīrāan 033034 Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. ‌‌ ‌ ‌ ‍ ‍‌ ‌‍‍‍ ‍ ‌ ۚ ‍ ‍‍‍‍‍‍‌ ‍‍
'Inna Al-Muslimīna Wa Al-Muslimāti Wa Al-Mu'uminīna Wa Al-Mu'umināti Wa Al-Qānitīna Wa Al-Qānitāti Wa Aş-Şādiqīna Wa Aş-Şādiqāti Wa Aş-Şābirīna Wa Aş-Şābirāti Wa Al-Khāshi`īna Wa Al-Khāshi`āti Wa Al-Mutaşaddiqīna Wa Al-Mutaşaddiqāti Wa Aş-Şā'imīna Wa Aş-Şā'imāti Wa Al-Ĥāfižīna Furūjahum Wa Al-Ĥāfižāti Wa Adh-Dhākirīna Allāha Kathīrāan Wa Adh-Dhākirāti 'A`adda Allāhu Lahum Maghfiratan Wa 'Ajan `Ažīmāan 033035 Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍‌‍‍‍ ‌‍‍‍‌‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‌‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌ ‌‍‍‍‌‍‍‍‍‍ ‍‌ ‌‍‌‍‌ ‌‌ ‍ ‍‍‍‍‍ ‌ ‌‌‍‌‌ ‍‍‍
Wa Mā Kāna Limu'uminin Wa Lā Mu'uminatin 'Idhā Qađá Allāhu Wa Rasūluhu~ 'Aman 'An Yakūna Lahumu Al-Khiyaratu Min 'Amrihim ۗ Wa Man Ya`şi Allāha Wa Rasūlahu Faqad Đalla Đalālāan Mubīnāan 033036 Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. ‌ ‍‍‍ ‌ ‌‌ ‌‌ ‌‌‌‌ ‍‍‍‌ ‍ ‌‌‍~ ‌‌‌ ‌‌‍‍ ‍‍‍‍ ‍‌ ‌‍ ۗ ‌‍‌ ‍ ‌‌‍‍‍
Wa 'Idh Taqūlu Lilladhī 'An`ama Allāhu `Alayhi Wa 'An`amta `Alayhi 'Amsik `Alayka Zawjaka Wa Attaqi Allāha Wa Tukhfī Fī Nafsika Mā Al-Lahu Mubdīhi Wa Takhshá An-Nāsa Wa Allāhu 'Aĥaqqu 'An Takhshāhu ۖ Falammā Qađá Zaydun Minhā Waţaan Zawwajnākahā Likay Lā Yakūna `Alá Al-Mu'uminīna Ĥarajun Fī 'Azwāji 'Ad`iyā'ihim 'Idhā Qađaw Minhunna Waţaan ۚ Wa Kāna 'Amru Allāhi Maf`ūlāan 033037 Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku. ‌‌‌ ‍‍‍ ‌‌‍ ‍‍‍‍ ‌‌‌‍ ‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍ ‌‌ ‌ ‍ ‌‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍ ‌‍ ‌‌‍‍‍‍‍‍ ۖ‍‍‍‌ ‍‍‍‌ ‌‌ ‍‌‍‍‍‌ ‌‍‍‌‌‌ ‌‌‍‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍‍ ‍‌ ‍ ‌‌‌‍‍‌‍‍ ‌‌‌‌ ‍‍‍‌‌ ‍‌‍‍‍‍ ‌‍‍‌ۚ ‌‍‍‍ ‌‌
Mā Kāna `Alá An-Nabīyi Min Ĥarajin Fīmā Farađa Allāhu Lahu ۖ Sunnata Allāhi Fī Al-Ladhīna Khalaw Min Qablu ۚ Wa Kāna 'Amru Allāhi Qadaan Maqan 033038 Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya. ‌ ‍‍‍‍‍‍ ‍‌‌ ‌ ‍ ‍ ‍ ۖ‍‍‍‍‍‍‌‌ ‍‌ ‍‍ۚ ‌‍‍‍ ‌‌ ‍‌‌‌ ‍‍‍‍‌‌‌
Al-Ladhīna Yuballighūna Risālāti Allāhi Wa Yakhshawnahu Wa Lā Yakhshawna 'Aĥadāan 'Illā Al-Laha ۗ Wa Kafá Billāhi Ĥasībāan 033039 (Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka). ‍‍‍‍ ‍‍‍ ‍ ‌‍‍‍‍‍ ‌‌ ‍‍‍‍‍ ‌‌‌‌ ‌‌ ۗ ‌‌ ‍
Mā Kāna Muĥammadun 'Abā 'Aĥadin Min Rijālikum Wa Lakin Rasūla Allāhi Wa Khātama An-Nabīyīna ۗ Wa Kāna Allāhu Bikulli Shay'in `Alīmāan 033040 Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ‌‍‌ ‌‌ ‍‌ ‌‍‌ ‌‍‍‍ ‍ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍ۗ ‌‍‍‍ ‍ ‍
Yā 'Ayyuhā Al-Ladhīna 'Āmanū Adhkurū Allaha Dhikan Kathīrāan 033041 Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; ‌ ‌‌ ‍‍‍‍ ‌‌‌‍ ‌‌‌‌ ‍
Wa Sabbiĥūhu Bukratan Wa 'Aşīlāan 033042 Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. ‍‍ ‌ ‌‌‍
Huwa Al-Ladhī Yuşallī `Alaykum Wa Malā'ikatuhu Liyukhrijakum Mina Až-Žulumāti 'Ilá An-Nūri ۚ Wa Kāna Bil-Mu'uminīna Raĥīmāan 033043 Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). ‍‍‍ ‌‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‌‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ۚ ‌‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍
Taĥīyatuhum Yawma Yalqawnahu Salāmun ۚ Wa 'A`adda Lahum 'Ajan Karīmāan 033044 Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia. ‍‍‍‍ ۚ ‌‌‌ ‌‍‌‌‌ ‍
Yā 'Ayyuhā An-Nabīyu 'Innā 'Arsalnāka Shāhidāan Wa Mubashshirāan Wa Nadhīrāan 033045 Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). ‌ ‌‌ ‍‍‍ ‌‌ ‌‌‍‍‍‌ ‌‍‌ ‌‍
Wa Dā`īāan 'Ilá Allāhi Bi'idhnihi Wa Sirājāan Munīrāan 033046 Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi. ‌‌‍‍‍‍‍‌‌ ‌‌ ‍ ‌‍ ‌‍‌ ‍
Wa Bashshiri Al-Mu'uminīna Bi'anna Lahum Mina Allāhi Fađlāan Kabīrāan 033047 Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah. ‍‍‍ ‍ ‍‍‍‍‌‌ ‍
Wa Lā Tuţi`i Al-Kāfirīna Wa Al-Munāfiqīna Wa Da` 'Adhāhum Wa Tawakkal `Alá Allāhi ۚ Wa Kafá Billāhi Wa Kīlāan 033048 Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu). ‌ ‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌‌‌ ‌ ‌ ۚ ‌‌ ‍‍ ‌
Yā 'Ayyuhā Al-Ladhīna 'Āmanū 'Idhā Nakaĥtumu Al-Mu'umināti Thumma Ţallaqtumūhunna Min Qabli 'An Tamassūhunna Famā Lakum `Alayhinna Min `Iddatin Ta`taddūnahā ۖ Famatti`ūhunna Wa Sarriĥūhunna Saĥāan Jamīlāan 033049 Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah "mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya. ‌ ‌‌ ‍‍‍‍ ‌‍‌ ‌‌‌‌ ‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‌ ‍‍‍ ‌‌ ‌ ‍ ‍‌‌ ‌‌ ۖ ‌‍‌‌
Yā 'Ayyuhā An-Nabīyu 'Innā 'Aĥlalnā Laka 'Azwājaka Al-Lātī 'Ātayta 'Ujūrahunna Wa Mā Malakat Yamīnuka Mimmā 'Afā'a Allāhu `Alayka Wa Banāti `Ammika Wa Banāti `Ammātika Wa Banāti Khālika Wa Banāti Khālātika Al-Lātī Hājarna Ma`aka Wa Amra'atan Mu'uminatan 'In Wahabat Nafsahā Lilnnabīyi 'In 'Arāda An-Nabīyu 'An Yastankiĥahā Khālişatan Laka Min Dūni Al-Mu'uminīna ۗ Qad `Alimnā Mā Farađnā `Alayhim Fī 'Azwājihim Wa Mā Malakat 'Aymānuhum Likaylā Yakūna `Alayka Ĥarajun ۗ Wa Kāna Allāhu Ghafūan Raĥīmāan 033050 Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, buka bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ‌ ‌‌ ‍‍‍ ‌‌ ‌‌ ‌‌‌‌ ‍‍ ‌‍‍‍‍ ‌‌‍ ‌‌ ‍‍‍‌ ‌‍‍‍‌‌ ‍ ‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍ ‍ ‌‍‍‍ ‍ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌‌ ‌ ‌ ‍‍‍‍ ‌‌ ‌‌‍‌‌‌ ‍‍‍ ‌‌ ‍‌‍‍‍‌ ‍‍‍‍ ‌ ‍‌‍‍‌ ‍‍‍ۗ ‌ ‌ ‌ ‍‍‌ ‍ ‌‌‌‌ ‌‌ ‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍ ‍ۗ ‌‍‍‍ ‍‌‌‌ ‌‍
Turjī Man Tashā'u Minhunna Wa Tu'uwī 'Ilayka Man Tashā'u ۖ Wa Mani Abtaghayta Mimman `Azalta Falā Junāĥa `Alayka ۚ Dhālika 'Adná 'An Taqarra 'A`yunuhunna Wa Lā Yaĥzanna Wa Yarđayna Bimā 'Ātaytahunna Kulluhunna Wa ۚ Allāhu Ya`lamu Mā Fī Qulūbikum ۚ Wa Kāna Allāhu `Alīmāan Ĥalīmāan 033051 Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendamping: sesiapa yang engkau kehendaki; dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. ‍‌‍‍‌‌ ‍‌‍‍‍‍ ‌‌ ‌‍‍‍‍ ‍‌‍‍‌‌ ۖ‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‌ ‌ ‍‍‍‍‍ۚ ‌ ‌‌ ‌‌‍‍‌ ‌‍ ‌‌ ‌‍‍‍‍ ‍‌ ‌‍ ۚۚ ‌‍‍‍ ‍ ‌
Lā Yaĥillu Laka An-Nisā' Min Ba`du Wa Lā 'An Tabaddala Bihinna Min 'Azwājin Wa Law 'A`jabaka Ĥusnuhunna 'Illā Mā Malakat Yamīnuka ۗ Wa Kāna Allāhu `Alá Kulli Shay'in Raqībāan 033052 Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu. ‍‍‍‍‌‌ ‍‌ ‌ ‌‌ ‌‌ ‍‌ ‌‌‌‍‍‌‌ ‌‌ ‌ ‍ ‌‌ ‌ ۗ ‌‍‍‍ ‍ ‌ ‍‌ ‌‍
Yā 'Ayyuhā Al-Ladhīna 'Āmanū Lā Tadkhulū Buyūta An-Nabīyi 'Illā 'An Yu'udhana Lakum 'Ilá Ţa`āmin Ghayra Nāžirīna 'Ināhu Wa Lakin 'Idhā Du`ītumdkhulū Fa'idhā Ţa`imtumntashirū Wa Lā Musta'nisīna Liĥadīthin ۚ 'Inna Dhālikum Kāna Yu'udhī An-Nabīya Fayastaĥyi Minkum Wa ۖ Allāhu Lā Yastaĥyi Mina Al-Ĥaqqi ۚ Wa 'Idhā Sa'altumūhunna Matā`āan Fās'alūhunna Min Warā'i Ĥijābin ۚ Dhālikum 'Aţharu Liqulūbikum Wa Qulūbihinna ۚ Wa Mā Kāna Lakum 'An Tu'udhū Rasūla Allāhi Wa Lā 'An Tankiĥū 'Azwājahu Min Ba`dihi~ 'Abadāan ۚ 'Inna Dhālikum Kāna `Inda Allāhi `Ažīmāan 033053 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah. ‌ ‌‌ ‍‍‍‍ ‌‌ ‌ ‍‍‍‌ ‍‍‍ ‍‍‍ ‌‌ ‌‌ ‌ ‌‌ ‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍ ‌‍‌ ‌‌‌‌ ‌ ‍‍‌ ‌‌‌ ‍ ‌‍‌‌ ‌‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‌ۚ ‌ ‍‍‍‍‍‍ ‍‌‍‍ۖ ۚ ‌‌‌‌‌ ‍‌ ‍ ‍‌ ‌‌‍‍‌‌‌ ‍‍‍ۚ ‌ ‌‍‍‍‌ ‍‍‍‍ ‌‍‍‍ ۚ ‌‌ ‍‍‍ ‌‌ ‌‌‌ ‌‍‍‍ ‍ ‌‌ ‌‌ ‍‌‍‍‍‍‌ ‌‌‌‌‍ ‍‌ ‌‌‌ۚ ‌ ‍‍‍ ‍‌‍‍‍‌ ‍ ‍‍‍
'In TubShay'āan 'Aw Tukhfūhu Fa'inna Allāha Kāna Bikulli Shay'in `Alīmāan 033054 (Awasilah keadaan-keadaan kamu, kerana) jika kamu nyatakan sesuatu atau kamu sembunyikan dia, maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan segala-galanya. ‍‍‍‌‌ ‍‍‍‍‌ ‌‌‌ ‍‍‍‍‍‍‍ ‍ ‍‍‍
Lā Junāĥa `Alayhinna Fī 'Ābā'ihinna Wa Lā 'Abnā'ihinna Wa Lā 'Ikhwānihinna Wa Lā 'Abnā'i 'Ikhwānihinna Wa Lā 'Abnā'i 'Akhawātihinna Wa Lā Nisā'ihinna Wa Lā Mā Malakat 'Aymānuhunna ۗ Wa Attaqīna Allāha ۚ 'Inna Allāha Kāna `Alá Kulli Shay'in Shahīdāan 033055 Tidak ada salahnya kepada perempuan-perempuan (yang tidak berpakaian yang melindungi anggota yang haram dipandang oleh lelaki asing itu) menemui bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara-saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara-saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara-saudara perempuan mereka, dan perempuan-perempuan Islam mereka, serta hamba-hamba yang dimiliki oleh mereka. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. ‌ ‍‍‍ ‌‍‍‍ ‌‌ ‌‍‍‍‍ ‌‌ ‌‍‌‍ ‌‌ ‌‍‍‍‍‌‌ ‌‍‌‍ ‌‌ ‌‍‍‍‍‌‌ ‌‍‍‌‍ ‌‌ ‍‍‍ ‌‌ ‌ ‌‍ ۗ‍‍‍‍ۚ ‍ ‍‍‍ ‌ ‍‌ ‌
'Inna Allāha Wa Malā'ikatahu Yuşallūna `Alá An-Nabīyi ۚ Yā 'Ayyuhā Al-Ladhīna 'Āmanū Şallū `Alayhi Wa Sallimū Taslīmāan 033056 Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. ‍ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍ۚ‌ ‌‌ ‍‍‍‍ ‌‌ ‍‍‍‍ ‌
'Inna Al-Ladhīna Yu'udhūna Allāha Wa Rasūlahu La`anahumu Allāhu Fī Ad-Dunyā Wa Al-'Ākhirati Wa 'A`adda Lahum `Adhābāan Muhīnāan 033057 Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. ‍‍‍‍ ‌‍‍‌ ‍ ‌‌‍ ‍‌‍‌ ‌‍‍ ‌‌‌ ‌
Wa Al-Ladhīna Yu'udhūna Al-Mu'uminīna Wa Al-Mu'umināti Bighayri Mā Aktasabū Faqadi Aĥtamalū Buhtānāan Wa 'Ithmāan Mubīnāan 033058 Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. ‍‍‍‍ ‌‍‍‌ ‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍‍‍‌ ‌ ‌ ‍‍‍‍‌ ‌ ‌‌
Yā 'Ayyuhā An-Nabīyu Qul Li'zwājika Wa Banātika Wa Nisā'i Al-Mu'uminīna Yudnīna `Alayhinna Min Jalābībihinna ۚ Dhālika 'Adná 'An Yu`rafna Falā Yu'udhayna ۗ Wa Kāna Allāhu Ghafūan Raĥīmāan 033059 Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ‌ ‌‌ ‍‍‍ ‌‌‌ ‌ ‌‍‍‍‌‌ ‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍ ‍ ‍‌ ۚ ‌ ‌‌ ‌‌ ‌ ‌ۗ ‌‍‍‍ ‍‌‌‌ ‌‍
La'in Lam Yantahi Al-Munāfiqūna Wa Al-Ladhīna Fī Qulūbihim Marađun Wa Al-Murjifūna Fī Al-Madīnati Lanughriyannaka Bihim Thumma Lā Yujāwirūnaka Fīhā 'Illā Qalīlāan 033060 Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja, ‍‌ ‍‌‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‌ ‌‍‍ ‍‍‍‍‍ ‍ ‌ ‌‌‌ ‍‌ ‌‌
Mal`ūnīna ۖ 'Aynamā Thuqifū 'Ukhidhū Wa Quttilū Taqtīlāan 033061 serta mereka tetap ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan. ‍‍‍ۖ ‌‌ ‍‍‍‍‍‌ ‌‍‍‌‌ ‌‍‌ ‍‍‍
Sunnata Allāhi Fī Al-Ladhīna Khalaw Min Qablu ۖ Wa Lan Tajida Lisunnati Allāhi Tabdīlāan 033062 Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu. ‍‍‍‍‍‍‌‌ ‍‌ ‍‍ۖ ‌‍‌ ‌ ‍‍‍‍ ‍‍‍
Yas'aluka An-Nāsu `Ani As-Sā`ati ۖ Qul 'Innamā `Ilmuhā `Inda Allāhi ۚ Wa Mā Yudrīka La`alla As-Sā`ata Takūnu Qarībāan 033063 Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi. ‍‍‍‍ ۖ ‍ ‌‍‌ ‌ ‍‌‍‍‍‌ ۚ ‌‌ ‍‍‍‍‍ ‍‍‍
'Inna Allāha La`ana Al-Kāfirīna Wa 'A`adda Lahum Sa`īrāan 033064 Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang, - ‍‍‍‍ ‌‌‌ ‍
Khālidīna Fīhā 'Abadāan ۖ Lā Yajidūna Walīyāan Wa Lā Naşīrāan 033065 kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; mereka pula tidak akan memperoleh sesiapapun yang akan menjadi pelindung atau penolong. ‍‍‍‍ ‍‌ ‌‌ۖ‍‍‌‌ ‌‌ ‍‍‍‍‍
Yawma Tuqallabu Wujūhuhum An-Nāri Yaqūlūna Yā Laytanā 'Aţa`nā Al-Laha Wa 'Aţa`nā Ar-Rasūlā 033066 Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. ‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍ ‌ ‍‌ ‌‍‍‌ ‍ ‌‌‍‍‌
Wa Qālū Rabbanā 'Innā 'Aţa`nā Sādatanā Wa Kubarā'anā Fa'ađallūnā As-Sabīlā 033067 Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. ‌ ‌‍‌ ‌‌ ‌‍‍‌ ‌‌ ‌‍‍‌‌‌ ‍‍‌
Rabbanā 'Ātihim Đi`fayni Mina Al-`Adhābi Wa Al-`Anhum La`nāan Kabīrāan 033068 "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!" ‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍‌‍‌‍‍‍ ‌‌ ‍
Yā 'Ayyuhā Al-Ladhīna 'Āmanū Lā Takūnū Kālladhīna 'Ādhaw Mūsá Fabarra'ahu Allāhu Mimmā Qālū ۚ Wa Kāna `Inda Allāhi Wajīhāan 033069 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah. ‌ ‌‌ ‍‍‍‍ ‌‌ ‌ ‍‍‍‍ ‌‌‌‌‌ ‌ ‍‍ ‍‍‍‍‌ ۚ ‌‍‍‍ ‍‌‍‍‍‌ ‍ ‌
Yā 'Ayyuhā Al-Ladhīna 'Āmanū Attaqū Allaha Wa Qūlū Qawlāan Sadīdāan 033070 Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), ‌ ‌‌ ‍‍‍‍ ‌‍‍‍ ‌‍‍‌‌ ‌
Yuşliĥ Lakum 'A`mālakum Wa Yaghfir Lakum Dhunūbakum ۗ Wa Man Yuţi`i Allāha Wa Rasūlahu Faqad Fāza Fawzāan `Ažīmāan 033071 Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. ‍ ‌ ‌‍‍‍‍‍‌ ‌ ۗ ‌‍‌‍‍‍ ‌‌‍‍‍‌ ‍‍‍‌‌ ‌‌‌ ‍‍‍
'Innā `Arađnā Al-'Amānata `Alá As-Samāwāti Wa Al-'Arđi Wa Al-Jibāli Fa'abayna 'An Yaĥmilnahā Wa 'Ashfaqna Minhā Wa Ĥamalahā Al-'Insānu ۖ 'Innahu Kāna Žalūmāan Jahūlāan 033072 Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. ‍‌ ‍‍‌ ‍‌‍‍‌‌‍‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌ ‌‌‍‍‍‍ ‍‌‍‍‍‌ ‌‌ ‍‍‍‍ ۖ‍‍ ‍‌
Liyu`adhdhiba Allāhu Al-Munāfiqīna Wa Al-Munāfiqāti Wa Al-Mushrikīna Wa Al-Mushrikāti Wa Yatūba Allāhu `Alá Al-Mu'uminīna Wa Al-Mu'umināti ۗ Wa Kāna Allāhu Ghafūan Raĥīmāan 033073 (Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ‍‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍ ‌‍‍ ‌‍‍‍ ‍ ‌ ‍‍‍‍ ‌‍‍ ۗ ‌‍‍‍ ‍‌‌‌ ‌‍
Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Next Sūrah