Roman Script    Reciting key words            Previous Sūrah    Quraan Index    Home  

20) Sūrat Ţāhā

Printed format

20)

Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Ţāhā 020001 Taa' Haa.
Mā 'Anzalnā `Alayka Al-Qur'āna Litashqá 020002 Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. ‌ ‌‌‍‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ‍‍‍
'Illā Tadhkiratan Liman Yakhshá 020003 Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah ‌ ‍ ‌ ‍‌‍‍
Tanzīlāan Mimman Khalaqa Al-'Arđa Wa As-Samāwāti Al-`Ulā 020004 (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. ‍‌‍‍‌ ‍‍‍‍‌ ‍‍ ‌‍‍‌‍‍‌
Ar-Raĥmānu `Alá Al-`Arshi Astawá 020005 Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Lahu Mā Fī As-Samāwāti Wa Mā Fī Al-'Arđi Wa Mā Baynahumā Wa Mā Taĥta Ath-Thará 020006 Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. ‍‌‍‍‌ ‌‌ ‌‍ ‌‌ ‌ ‌‌ ‍‍
Wa 'In Tajhar Bil-Qawli Fa'innahu Ya`lamu As-Sirra Wa 'Akh 020007 Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. ‌‌‍‍‍‌ ‍‍‍ ‍‍‍‍‌ ‌‌‍
Al-Lahu Lā 'Ilāha 'Illā Huwa ۖ Lahu Al-'Asmā'u Al-Ĥusná 020008 Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik. ‌ ‌ ‌‌ ‌ ۖ ‍‍‌‌
Wa Hal 'Atāka Ĥadīthu Mūsá 020009 Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa? ‌‍‍‍ ‍‍‍
'Idh Ra'āan Faqāla Li'hlihi Amkuthū 'Innī 'Ānastu Nāan La`allī 'Ātīkum Minhā Biqabasin 'Aw 'Ajidu `Alá An-Nāri Hudan 020010 Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan. ‌‌ ‌‍‍‍‌‌ ‌‌‌‌ ‍‍‍ ‌ ‌ ‌ ‌‌‌ ‍ ‌ ‍‌‍‍‍‌ ‍‍‍‍ ‌‌‌ ‌‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ‍
Falammā 'Atāhā Nūdī Yā Mūsá 020011 Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! " - ‍‍‌ ‌‌ ‌
'Innī 'Anā Rabbuka Fākhla` Na`layka ۖ 'Innaka Bil-Wādi Al-Muqaddasi Ţuwan 020012 "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci. ‌‌ ‌‍ ‍ ‍‍‍ۖ‍ ‍‍‍‌‌‌ ‍‍‍‌
Wa 'Anā Akhtartuka Fāstami` Limā Yūĥá 020013 "Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu. ‌‌ ‍ ‌
'Innanī 'Anā Al-Lahu Lā 'Ilāha 'Illā 'Anā Fā`budnī Wa 'Aqimi Aş-Şalāata Lidhikrī 020014 "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. ‍‍ ‌‌ ‌ ‌ ‌‌ ‌‌ ‍ ‌‌‍‍‍‍ ‍
'Inna As-Sā`ata 'Ātiyatun 'Akādu 'Ukhfīhā Litujzá Kullu Nafsin Bimā Tas`á 020015 "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. ‍ ‌ ‌‍‍‍‌‌ ‌‍‍‌ ‍‍‍‍‌‌ ‌ ‌
Falā Yaşuddannaka `Anhā Man Lā Yu'uminu Bihā Wa Attaba`a Hawāhu Fatardá 020016 "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. ‌ ‍‍‍‍ ‍‌‍‍‍‌ ‍‌ ‌ ‌ ‌ ‍‍‌ ‌‌
Wa Mā Tilka Biyamīnika Yā Mūsá 020017 "Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
Qāla Hiya `Aşāya 'Atawakka'u `Alayhā Wa 'Ahushshu Bihā `Alá Ghanamī Wa Liya Fīhā Ma'āribu 'Ukh 020018 Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". ‍‍ ‌‌ ‌ ‌‌ ‌ ‌ ‍ ‌ ‌ ‌‍
Qāla 'Alqihā Yā Mūsá 020019 Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!" ‌‍‍‍‍‌
Fa'alqāhā Fa'idhā Hiya Ĥayyatun Tas`á 020020 Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar. ‍‍‍‌ ‌‌‌ ‌
Qāla Khudh/hā Wa Lā Takhaf ۖ Sanu`īduhā Sīratahā Al-'Ūlá 020021 Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal. ‍‌ ‌‌ ‍‍‍ۖ ‌ ‍‍‍
Wa Ađmum Yadaka 'Ilá Janāĥika Takhruj Bayđā'a Min Ghayri Sū'in 'Āyatan 'Ukh 020022 "Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain. ‍ ‌‌ ‍‍‍‍‍‌‌ ‍‌ ‍‍‍‍‌ ‍‍‍‌‌‌ ‌ ‌‍
Linuriyaka Min 'Āyātinā Al-Kub 020023 "(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar. ‍‌ ‌‌ ‍‍‍‍
Adh/hab 'Ilá Fir`awna 'Innahu Ţaghá 020024 "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas". ‌‍ ‌‌ ‍ ‍‍
Qāla Rabbi Ashraĥ Lī Şadrī 020025 Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; ‌‍
Wa Yassir Lī 'Amrī 020026 "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; ‌ ‍ ‌‍
Wa Aĥlul `Uqdatan Min Lisānī 020027 "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, ‌ ‍‍‍ ‌ ‍‌
Yafqahū Qawlī 020028 "Supaya mereka faham perkataanku;
Wa Aj`al Lī Wazīrāan Min 'Ahlī 020029 "Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. ‍ ‌‌‍‌ ‍‌
Hārūna 'Akhī 020030 "Iaitu Harun saudaraku; ‍‍‌ ‌‍
Ashdud Bihi~ 'Azrī 020031 "Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, ‌ ‌‌
Wa 'Ashrik/hu Fī 'Amrī 020032 "Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, ‌‍ ‌‍
Kay Nusabbiĥaka Kathīrāan 020033 "Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
Wa Nadhkuraka Kathīrāan 020034 "Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
'Innaka Kunta Binā Başīrāan 020035 "Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami". ‍ ‍‌‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍‍
Qāla Qad 'Ūtīta Su'ulaka Yā Mūsá 020036 Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa! ‌ ‌‍‍‌‍‍‍‍
Wa Laqad Manannā `Alayka Marratan 'Ukh 020037 "Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini. ‌ ‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍ ‍ ‌‍
'Idh 'Awĥaynā 'Ilá 'Ummika Mā Yūĥá 020038 "Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya: ‌‌ ‌‌‍‌ ‌‍‌ ‌‍ ‌
'Ani Aqdhifīhi Fī At-Tābūti Fāqdhifīhi Fī Al-Yammi Falyulqihi Al-Yammu Bis-Sāĥili Ya'khudh/hu `Adūwun Lī Wa`adūwun Lahu ۚ Wa 'Alqaytu `Alayka Maĥabbatan Minnī Wa Lituşna`a `Alá `Ayni 020039 "Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍ ‌‌ ‌‌‌ ‍ ۚ ‌‌‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍ ‌
'Idh Tamshī 'Ukhtuka Fataqūlu Hal 'Adullukum `Alá Man Yakfuluhu ۖ Faraja`nāka 'Ilá 'Ummika Kay Taqarra `Aynuhā Wa Lā Taĥzana ۚ Wa Qatalta Nafsāan Fanajjaynāka Mina Al-Ghammi Wa Fatannāka Futūnāan ۚ Falabithta Sinīna Fī 'Ahli Madyana Thumma Ji'ta `Alá Qadarin Yā Mūsá 020040 "Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa! ‌‌ ‍ ‌‍‍ ‍‍‍ ‌‌ ‌ ‍‌ ۖ‍‍ ‌‍‌ ‌‍ ‍‍‍‌ ‌ ‌‌ ۚ ‌‍‍ ‌‌ ‍‍‍ ‍‍ ‌‍‍‍‍‍ۚ‍‍‍‍ ‍ ‌ ‍‍‌
Wa Aşţana`tuka Linafsī 020041 "Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu. ‍‍
Adh/hab 'Anta Wa 'Akhūka Bi'āyātī Wa Lā Taniyā Fī Dhikrī 020042 "Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku. ‌‍ ‌‌‍ ‌‌‍ ‌‌ ‌ ‌‍
Adh/habā 'Ilá Fir`awna 'Innahu Ţaghá 020043 "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. ‌‍‌ ‌‌ ‍ ‍‍
Faqūlā Lahu Qawlāan Layyināan La`allahu Yatadhakkaru 'Aw Yakhshá 020044 "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". ‍‌ ‍ ‌ ‍ ‌ ‌‌‌ ‍‍‍
Qālā Rabbanā 'Innanā Nakhāfu 'An Yafruţa `Alaynā 'Aw 'An Yaţghá 020045 Mereka berdua berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami, atau ia akan melampau batas". ‍‌ ‌‍‌ ‌‍‌ ‍‍‍ ‌‌‌ ‌‌‌ ‌‌‍‍‍‍‍‍
Qāla Lā Takhāfā ۖ 'Innanī Ma`akumā 'Asma`u Wa 'Ará 020046 Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. ‌ ‍‍‍‍‍ۖ‍ ‍‌ ‌ ‌‌‌‍
Fa'tiyāhu Faqūlā 'Innā Rasūlā Rabbika Fa'arsil Ma`anā Banī 'Isrā'īla Wa Lā Tu`adhdhibhum ۖ Qad Ji'nāka Bi'āyatin Min Rabbika Wa ۖ As-Salāmu `Alá Mani Attaba`a Al-Hudá 020047 "Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: "Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu! Dan selamat sejahtera itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk ugama Allah. ‍‍‍‍‍‌ ‌‍‌ ‌‍‌ ‌‍ ‌ ‌ ‍‍‍‌‍‍‍‍ ‌‌ ۖ ‌ ‍‍‍ ‌ ‍‌ ‌‍ ۖ‍ ‌
'Innā Qad 'Ūĥiya 'Ilaynā 'Anna Al-`Adhāba `Alá Man Kadhdhaba Wa Tawallá 020048 "Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya". ‍‌ ‌ ‌‍‍‌ ‌‍‌ ‌ ‍‍‌ ‌ ‍‌
Qāla Faman Rabbukumā Yā Mūsá 020049 (Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: "Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?" ‍‌ ‌‍
Qāla Rabbunā Al-Ladhī 'A`ţá Kulla Shay'in Khalqahu Thumma Hadá 020050 Nabi Musa menjawab: "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya". ‌‍ ‌‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍
Qāla Famā Bālu Al-Qurūni Al-'Ūlá 020051 Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?" ‌ ‍‍‍ ‍‍‍‍‌ ‍‍
Qāla `Ilmuhā `Inda Rabbī Fī Kitābin ۖ Lā Yađillu Rabbī Wa Lā Yan 020052 Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa". ‌ ‍‌‍‍‍‌ ‌‍‍‍ۖ ‌ ‍‍‍‍ ‌‍ ‌‌ ‍‌‍‍
Al-Ladhī Ja`ala Lakumu Al-'Arđa Mahdāan Wa Salaka Lakum Fīhā Subulāan Wa 'Anzala Mina As-Samā'i Mā'an Fa'akhrajnā Bihi~ 'Azwājāan Min Nabātin Shattá 020053 (Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya. ‌‍‌ ‌ ‌ ‌ ‌‌‌‍‍‍‍‌‌ ‍‍‍‌‌‌ ‍‍‌ ‌‌‌‌‌ ‍‌‍‍
Kulū Wa Ar`aw 'An`āmakum ۗ 'Inna Fī Dhālika La'āyātin Li'wlī An-Nuhá 020054 Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran. ‌ ‌‌‌‌ ‌‌ۗ ‌ ‍‍‍‍‍ ‍‍
Minhā Khalaqnākum Wa Fīhā Nu`īdukum Wa Minhā Nukhrijukumratan 'Ukh 020055 Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi. ‍‌‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌‍‌‍‍‍‌ ‍‍‍ ‌‍ ‌‍
Wa Laqad 'Araynāhu 'Āyātinā Kullahā Fakadhdhaba Wa 'Abá 020056 Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun segala tanda-tanda yang membukti kekuasaan Kami; dalam pada itu ia mendustakannya dan enggan beriman. ‌ ‌‌‍‍‍ ‌‌ ‌ ‌‌
Qāla 'Aji'tanā Litukhrijanā Min 'Arđinā Bisiĥrika Yā Mūsá 020057 Firaun berkata: "Patutkah engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa? ‌‌ ‍‍‍‌ ‍‌ ‌‌‍‍‌ ‍
Falana'tiyannaka Bisiĥrin Mithlihij`al Baynanā Wa Baynaka Maw`idāan Lā Nukhlifuhu Naĥnu Wa Lā 'Anta Makānāan Suwan 020058 "Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak". ‍‍‌ ‍ ‍ ‌ ‌ ‌‌ ‌ ‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌‌‍ ‌‌ ‌
Qāla Maw`idukum Yawmu Az-Zīnati Wa 'An Yuĥshara An-Nāsu Đuĥan 020059 Nabi Musa menjawab: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha". ‍ ‌‌‌‍‍‍‍
Fatawallá Fir`awnu Fajama`a Kaydahu Thumma 'Atá 020060 Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu. Ia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian ia datang ke tempat perlawanan. ‌ ‍
Qāla Lahum Mūsá Waylakum Lā Taftarū `Alá Allāhi Kadhibāan Fayusĥitakum Bi`adhābin ۖ Wa Qad Khāba Mani Aftará 020061 Nabi Musa berkata kepada mereka: "Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Ia akan membinasakan kamu dengan azab seksa; dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa". ‌ ‌ ‌ ‌‌ ‌ ‍ ‌‍‍‌ۖ ‌‍
Fatanāza`ū 'Amrahum Baynahum Wa 'Asarrū An-Naj 020062 Maka merekapun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai perkara sihir mereka, dan mereka rahsiakan apa yang mereka rundingkan. ‌‍‌ ‌‍ ‌‌‌‍‍‍‍‍‌
Qālū 'In Hadhāni Lasāĥirāni Yurīdāni 'An Yukhrijākum Min 'Arđikum Bisiĥrihimā Wa Yadh/habā Biţarīqatikumu Al-Muth 020063 Mereka berkata: "Dua orang ini, sebenarnya dua ahli sihir yang bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihir mereka, dan hendak melenyapkan kepercayaan serta adat peraturan kamu yang utama. ‍‍‌ ‌‌ ‍‍‌ ‍‌‍‍‌ ‌‌‍‍ ‍‌ ‌‌‍‍ ‍‌ ‌‌ ‍‍‍‍‍
Fa'ajmi`ū Kaydakum Thumma A'tū Şaffāan ۚ Wa Qad 'Aflaĥa Al-Yawma Mani Asta`lá 020064 "Oleh itu, satukanlah segala cara helah kamu, kemudian datanglah beramai-ramai dalam satu barisan untuk menentangnya; dan sesungguhnya beruntunglah orang yang menang pada hari ini". ‌ ‍ ۚ ‌‍‌ ‌
Qālū Yā Mūsá 'Immā 'An Tulqiya Wa 'Immā 'An Nakūna 'Awwala Man 'Alqá 020065 Mereka berkata: "Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?" ‌ ‍‌ ‌‌ ‌‌‍‍‍ ‌‌‌ ‌‌‍‍ ‌‌ ‍‌ ‌‍‍‍
Qāla Bal 'Alqū ۖ Fa'idhā Ĥibāluhum Wa `Işīyuhum Yukhayyalu 'Ilayhi Min Siĥrihim 'Annahā Tas`á 020066 Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. ‌‍‍‍ۖ ‌‌‌ ‌‍‍‍‍ ‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍ ‍‌‍‌
Fa'awjasa Fī Nafsihi Khīfatan Mūsá 020067 Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. ‌ ‍
Qulnā Lā Takhaf 'Innaka 'Anta Al-'A`lá 020068 Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. ‍‌ ‌ ‍‍‍‍ ‌‍ ‌‌
Wa 'Alqi Mā Fī Yamīnika Talqaf Mā Şana`ū ۖ 'Innamā Şana`ū Kaydu Sāĥirin ۖ Wa Lā Yufliĥu As-Sāĥiru Ĥaythu 'Atá 020069 "Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada". ‌‍ ‌ ‍‍‍‍ ‌ ‍‍ۖ‍‌ ‌ ‍‍‍‍‌ ‍ۖ ‌‌ ‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍ ‌
Fa'ulqiya As-Saĥaratu Sujjadāan Qālū 'Āmannā Birabbi Hārūna Wa Mūsá 020070 (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa". ‍‍‍‍ ‌‌‍‍‌ ‌‍‍‍‍‌ ‍‍‍‌
Qāla 'Āmantum Lahu Qabla 'An 'Ādhana Lakum ۖ 'Innahu Lakabīrukumu Al-Ladhī `Allamakumu As-Siĥra ۖ Fala'uqaţţi`anna 'Aydiyakum Wa 'Arjulakum Min Khilāfin Wa La'uşallibannakum Fī Judhū`i An-Nakhli Wa Lata`lamunna 'Ayyunā 'Ashaddu `Adhābāan Wa 'Abqá 020071 Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal". ‌‍‌‍‍‍ ‍ ‍‍‍ ‌‌ ‌‌ ۖ ‍‍ۖ‍‍‍‍ ‌ ‌‌‌ ‍‌ ‌ ‌‍‍‍‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍ ‌‍ ‌‍‌ ‌‌ ‌‌ ‌‌‍‍‍‍
Qālū Lan Nu'uthiraka `Alá Mā Jā'anā Mina Al-Bayyināti Wa Al-Ladhī Faţaraۖqđi Mā 'Anta Qāđin ۖ 'Innamā Taqđī Hadhihi Al-Ĥayāata Ad-Dun 020072 Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja. ‌ ‍‌ ‌ ‌ ‍‍‍‌‌ ‍‍‍‍ۖ ‍‍‍‍‌ ‌‌ۖ‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‌
'Innā 'Āmannā Birabbinā Liyaghfira Lanā Khaţāyānā Wa Mā 'Akrahtanā `Alayhi Mina As-Siĥri Wa ۗ Allāhu Khayrun Wa 'Abqá 020073 "Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkanNya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahalaNya. ‌ ‌‍‍‍‍‌ ‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‌ ‌ ‍‍‍‌ ‌‍‌ ‌‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‌ ۗ ‍‍‌ ‌‌‍‍‍‍
'Innahu Man Ya'ti Rabbahu Mujrimāan Fa'inna Lahu Jahannama Lā Yamūtu Fīhā Wa Lā Yaĥyā 020074 "Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup. ‍‌ ‌‍‍‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍ ‌ ‌‌
Wa Man Ya'tihi Mu'umināan Qad `Amila Aş-Şāliĥāti Fa'ūlā'ika Lahumu Ad-Darajātu Al-`Ulā 020075 "Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya: ‍‌‍‍‍‍‍‍ ‍‍‌‍‍‍ ‍‌‍‍‍
Jannātu `Adnin Tajrī Min Taĥtihā Al-'Anhāru Khālidīna Fīhā ۚ Wa Dhalika Jazā'u Man Tazakká 020076 "(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat". ‍‍‍‍‌ ‍‍‍ ‍‌‍‍‍‍‌‌ ‍‍‍‍ ‌ ۚ ‌‌ ‍‍‌‌‌ ‍‌
Wa Laqad 'Awĥaynā 'Ilá Mūsá 'An 'Asri Bi`ibādī Fāđrib Lahum Ţarīqāan Al-Baĥri Yabasāan Lā Takhāfu Darakāan Wa Lā Takhshá 020077 Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukulah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam". ‌ ‌‌‍‌ ‌‌ ‍‌ ‌‌ ‌‍‍‍‌ ‌ ‍‍‍‌‍‍‌ ‌ ‌ ‍‍‍ ‌‌‍‌ ‌‌ ‍‍‍
Fa'atba`ahum Fir`awnu Bijunūdihi Faghashiyahum Mina Al-Yammi Mā Ghashiyahum 020078 Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya. ‍‍‍‍
Wa 'Ađalla Fir`awnu Qawmahu Wa Mā Hadá 020079 Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan, dan tidaklah ia membawa mereka ke jalan yang benar. ‌‍‍ ‍ ‍‍ ‌‌ ‌
Yā Banī 'Isrā'īla Qad 'Anjaynākum Min `Adūwikum Wa Wā`adnākum Jāniba Aţ-Ţūri Al-'Aymana Wa Nazzalnā `Alaykumu Al-Manna Wa As-Salwá 020080 Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", ‍‍‌‍‍‍‌ ‌‌‍ ‍‌ ‌ ‌‌‌‍ ‍‍‍‍‌ ‌‌ ‍‌
Kulū Min Ţayyibāti Mā Razaqnākum Wa Lā Taţghaw Fīhi Fayaĥilla `Alaykum Ghađabī ۖ Wa Man Yaĥlil `Alayhi Ghađabī Faqad Hawá 020081 Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia. ‌ ‍‌ ‍‍‍‍ ‌ ‌‍‍‍‍ ‌‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‌‌ ‍‍‍‍‍‍ۖ ‌‍‌‍‍‍‍‍ ‍‍‍‌ ‌
Wa 'Innī Laghaffārun Liman Tāba Wa 'Āmana Wa `Amila Şāliĥāan Thumma Ahtadá 020082 Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. ‍ ‍‍‍‍‍‍‍‌ ‍‌‍‍ ‌‌ ‌ ‍‌‌ ‍
Wa Mā 'A`jalaka `An Qawmika Yā Mūsá 020083 Dan apakah yang menyebabkan engkau segera datang ke mari lebih dahulu dari kaum engkau wahai Musa?. ‌ ‌ ‍‌
Qāla Hum 'Ūlā'i `Alá 'Atharī Wa `Ajiltu 'Ilayka Rabbi Litarđá 020084 Nabi Musa menjawab: "Mereka itu ada mengiringi daku tidak jauh dari sini; dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku". ‍‍‌‌‌ ‍‌ ‌‍ ‌ ‌‍‍‍‍ ‌‍
Qāla Fa'innā Qad Fatannā Qawmaka Min Ba`dika Wa 'Ađallahumu As-Sāmirīyu 020085 (Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri" ‍‌ ‌ ‍‍‍‍‌ ‍ ‍‌ ‌‌‍‍‍
Faraja`a Mūsá 'Ilá Qawmihi Ghađbāna 'Asifāan ۚ Qāla Yā Qawmi 'Alam Ya`idkum Rabbukum Wa`dāan Ĥasanāan ۚ 'Afaţāla `Alaykumu Al-`Ahdu 'Am 'Aradtum 'An Yaĥilla `Alaykum Ghađabun Min Rabbikum Fa'akhlaftum Maw`idī 020086 Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata: "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?" ‌ ‌‌ ‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‌‌ۚ ‌ ‍ ‌‍ ‌‌‌ ‌ ‌‍‍‍ ۚ ‌ ‌ ‌‌‍ ‌‌ ‍‍‌ ‍‌ ‌‍
Qālū Mā 'Akhlafnā Maw`idaka Bimalkinā Wa Lakinnā Ĥummilnā 'Awzāan Min Zīnati Al-Qawmi Faqadhafnāhā Fakadhalika 'Alqá As-Sāmirīyu 020087 Mereka menjawab: "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga "Samiri" mencampakkan apa yang dibawanya. ‌ ‍‌ ‌‍‍‌ ‌ ‌‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍‌ ‌‌‌‌‌‌‌ ‍‌‍‍‍‍‍‌ ‌‍‍‍‍‌ ‍‍
Fa'akhraja Lahum `Ijlāan Jasadāan Lahu Khuwārun Faqālū Hādhā 'Ilahukum Wa 'Ilahu Mūsá Fanasiya 020088 "Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: "Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!" ‍‍‍‌‌ ‌‌ ‍ ‍‍‌‌‌‌ ‍‍‍‌ ‌ ‌‌‍
'Afalā Yarawna 'Allā Yarji`u 'Ilayhim Qawlāan Wa Lā Yamliku Lahum Đaran Wa Lā Naf`āan 020089 Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka? ‌ ‍ ‌‌ ‌ ‌ ‌‌ ‍‌‌ ‌‌
Wa Laqad Qāla Lahum Hārūnu Min Qablu Yā Qawmi 'Innamā Futintum Bihi ۖ Wa 'Inna Rabbakumu Ar-Raĥmānu Fa Attabi`ūnī Wa 'Aţī`ū 'Amrī 020090 Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: "Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku". ‍‍‌ ‍‌ ‍‍‍‌ ‍‌‍‍‍ ‍ ‌‌ ۖ ‌‍ ‌‌‍‍‍‌ ‌‍
Qālū Lan Nabraĥa `Alayhi `Ākifīna Ĥattá Yarji`a 'Ilaynā Mūsá 020091 Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami". ‌ ‍‌‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍ ‌ ‌‌
Qāla Yā Hārūnu Mā Mana`aka 'Idh Ra'aytahum Đallū 020092 (Sekembalinya), Nabi Musa berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat, ‍‍‌ ‌ ‌‌‌ ‌‍‍‌
'Allā Tattabi`anī ۖ 'Afa`aşayta 'Amrī 020093 "Daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?" ‌ ‍ ۖ ‌‍‍‍‍‍‍ ‌‍
Qāla Yabna'uumma Lā Ta'khudh Biliĥyatī Wa Lā Bira'sī 'Innī Khashītu ۖ 'An Taqūla Farraqta Bayna Banī 'Isrā'īla Wa Lam Tarqub Qawlī 020094 Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ' " ‍‍‍ ‌ ‍‍‌ ‌‌ ‍‌‍‍‍‍‍‍ۖ ‌‌‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍ ‍‍‍‌‍‍‍‍ ‌ ‍‍‍
Qāla Famā Khaţbuka Yā Sāmirīyu 020095 (Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?" ‍‍‍ ‍
Qāla Başurtu Bimā Lam Yabşurū Bihi Faqabađtu Qabđatan Min 'Athari Ar-Rasūli Fanabadhtuhā Wa Kadhalika Sawwalat Lī Nafsī 020096 Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". ‍‍‍ ‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‌‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌ ‍‌ ‌‍‍‍‌ ‍‍ ‌ ‌
Qāla Fādh/hab Fa'inna Laka Fī Al-Ĥayāati 'An Taqūla Lā Misāsa ۖ Wa 'Inna Laka Maw`idāan Lan Tukhlafahu ۖ Wa Anžur 'Ilá 'Ilahika Al-Ladhī Žalta `Alayhi `Ākifāan ۖ Lanuĥarriqannahu Thumma Lanansifannahu Fī Al-Yammi Nasfāan 020097 Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap. ‌‍ ‍‍ ‌‌‍‍ ‌ ‍‍‍ ۖ ‌‌‌ ‍‌‍‍‍‍ ۖ‍‍‍‌ ‌‍‌ ‌ ‍ ‍‍‍ۖ‍‍‍‍ ‍‌‍‍‍‍‍‍ ‍‍
'Innamā 'Ilahukumu Allāhu Al-Ladhī Lā 'Ilāha 'Illā Huwa ۚ Wasi`a Kulla Shay'in `Ilmāan 020098 "Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu". ‍‍‌ ‌ ‌ ‌ ‌‌ ‌ ۚ ‌ ‍
Kadhālika Naquşşu `Alayka Min 'Anbā'i Mā Qad Sabaqa ۚ Wa Qad 'Ātaynāka Min Ladunnā Dhikan 020099 Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan. ‍‍‍‍‍ ‍‌ ‌‌‍‍‍‍‌‌ ‌ ‌ ‍ ۚ ‌‍‌ ‌‍‍‍ ‍‌ ‍‌ ‌‌
Man 'A`rađa `Anhu Fa'innahu Yaĥmilu Yawma Al-Qiyāmati Wizan 020100 Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. ‍‌ ‌‍ ‍‌‍‍ ‍‍‍ ‌‌‌‌
Khālidīna Fīhi ۖ Wa Sā'a Lahum Yawma Al-Qiyāmati Ĥimlāan 020101 Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, ‍‍‍‍ ‍‍‍‍ۖ ‌‍‍‍‌‌ ‍ ‍‍
Yawma Yunfakhu Fī Aş-Şūri ۚ Wa Naĥshuru Al-Mujrimīna Yawma'idhin Zurqāan 020102 (Iaitu) hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya. ‍‌‍‍‍‍ ‍‍‍‍‌ ۚ ‌‌ ‍‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌‌‍
Yatakhāfatūna Baynahum 'In Labithtum 'Illā `Ashan 020103 Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: "Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja". ‍‍‍‍ ‌‌ ‌‌ ‌
Naĥnu 'A`lamu Bimā Yaqūlūna 'Idh Yaqūlu 'Amthaluhum Ţarīqatan 'In Labithtum 'Illā Yawmāan 020104 (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: "Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat". ‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍‍ ‌‌‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ‌ ‌‌ ‌‌
Wa Yas'alūnaka `Ani Al-Jibāli Faqul Yansifuhā Rabbī Nasfāan 020105 Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: "Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin. ‍‍‍‍‍ ‍‌‍‍‍‌ ‌‍
FayadharuQā`āan Şafşafāan 020106 "Lalu Ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin". ‌‌ ‍‌‍‍‍‍
Lā Tará Fīhā `Iwajāan Wa Lā 'Amtāan 020107 Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi. ‌ ‍‌‌ ‌ ‌ ‌‌ ‌
Yawma'idhin Yattabi`ūna Ad-Dā`ī Lā `Iwaja Lahu ۖ Wa Khasha`ati Al-'Aşwātu Lilrraĥmani Falā Tasma`u 'Illā Hamsāan 020108 Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya; dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan. ‌ ‍‍‍ ‍‌ ‌ ‍ ۖ ‌‍‍‍‌‍‍ ‌ ‌‌
Yawma'idhin Lā Tanfa`u Ash-Shafā`atu 'Illā Man 'Adhina Lahu Ar-Raĥmānu Wa Rađiya Lahu Qawlāan 020109 Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya. ‌ ‌ ‍‌‍‍‍ ‌‌ ‍‌ ‌‌ ‌‌‍‍ ‍
Ya`lamu Mā Bayna 'Aydīhim Wa Mā Khalfahum Wa Lā Yuĥīţūna Bihi `Ilmāan 020110 Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi. ‌ ‍‍‍‍ ‌ ‌‌ ‍ ‌‌ ‍‍‍
Wa `Anati Al-Wujūhu Lilĥayyi Al-Qayyūmi ۖ Wa Qad Khāba Man Ĥamala Žulmāan 020111 Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman. ‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ۖ ‌‍ ‍‌
Wa Man Ya`mal Mina Aş-Şāliĥāti Wa Huwa Mu'uminun Falā Yakhāfu Žulmāan Wa Lā Hađmāan 020112 Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya. ‍‌ ‍‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌‌ ‌ ‍‍‍ ‌ ‌‌ ‍‍‍
Wa Kadhalika 'Anzalnāhu Qur'ānāan `Arabīyāan Wa Şarrafnā Fīhi Mina Al-Wa`īdi La`allahum Yattaqūna 'Aw Yuĥdithu Lahum Dhikan 020113 Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka. ‌‌‍‍‍‍ ‍‌‌ ‍‌ ‌‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‌ ‍‍‍ ‌‌‌ ‌‌
Fata`ālá Allāhu Al-Maliku Al-Ĥaqqu ۗ Wa Lā Ta`jal Bil-Qur'āni Min Qabli 'An Yuqđá 'Ilayka Waĥyuhu ۖ Wa Qul Rabbi Zidnī `Ilmāan 020114 Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". ۗ ‌‌ ‍‍‍‍‌ ‍‌ ‍‍‍ ‌‌‍‍‍‍‍‍‌ ‌‍‍‍‍ ‌‍ ۖ ‌‍‍ ‌‍
Wa Laqad `Ahidnā 'Ilá 'Ādama Min Qablu Fanasiya Wa Lam Najid Lahu `Azmāan 020115 Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. ‌ ‍‌ ‌‍‌ ‌‌ ‍‌ ‍‍‍ ‌ ‍‌ ‍
Wa 'Idh Qulnā Lilmalā'ikati Asjudū Li'dama Fasajadū 'Illā 'Iblīsa 'Abá 020116 Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud. ‌‌‌ ‍‌ ‌ ‌ ‌ ‌‌ ‌‍‍‍‍‍‍ ‌
Faqulnā Yā 'Ādamu 'Inna Hādhā `Adūwun Laka Wa Lizawjika Falā Yukhrijannakumā Mina Al-Jannati Fatashqá 020117 Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. ‍‌ ‌‌ ‌ ‌‌ ‌‌ ‌‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ‍‍‍ ‍‍‍
'Inna Laka 'Allā Tajū`a Fīhā Wa Lā Ta`rá 020118 "Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. ‌‌ ‍‍‍ ‌ ‌‌ ‍
Wa 'Annaka Lā Tažma'u Fīhā Wa Lā Tađĥá 020119 "Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari". ‍ ‌ ‍‍‍‍‌ ‌ ‌‌ ‍‍‍
Fawaswasa 'Ilayhi Ash-Shayţānu Qāla Yā 'Ādamu Hal 'Adulluka `Alá Shajarati Al-Khuldi Wa Mulkin Lā Yab 020120 Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" ‌‍‍‍‍‍‍‍ ‌‌ ‌‌ ‌ ‍ ‍‍‍‌ ‌‌ ‌ ‍‍‍
Fa'akalā Minhā Fabadat Lahumā Saw'ātuhumā Wa Ţafiqā Yakhşifāni `Alayhimā Min Waraqi Al-Jannati ۚ Wa `Aşá 'Ādamu Rabbahu Faghawá 020121 Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). ‌ ‍‌‍‍‍‌ ‌ ‌‌ ‌‍‍‍‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‌ ‍‌ ‌‌‍ ‍‍ۚ ‌‍‍‍‌ ‌‌ ‌‍‍‍‍‌
Thumma Ajtabāhu Rabbuhu Fatāba `Alayhi Wa Hadá 020122 Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk. ‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‍‍ ‌‌
Qāla Ahbiţā Minhā Jamī`āan ۖ Ba`đukum Liba`đin `Adūwun ۖ Fa'immā Ya'tiyannakum Minnī Hudan Famani Attaba`a Hudāya Falā Yađillu Wa Lā Yashqá 020123 Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. ‍‍‍‌ ‍‌‍‍‍‌ ۖ‍‍‍ ‍ ‌‌ۖ ‍‌ ‍‍‍‍ ‍‍‍‍ ‍‌‌ ‍‍‌ ‌ ‍‍‍‍ ‌‌ ‍‍‍
Wa Man 'A`rađa `An Dhikrī Fa'inna Lahu Ma`īshatan Đankāan Wa Naĥshuruhu Yawma Al-Qiyāmati 'A`má 020124 "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". ‍‌ ‌‍ ‍‌ ‌‍ ‍‌‍‍‌ ‌ ‍‍‍ ‌
Qāla Rabbi Lima Ĥashartanī 'A`má Wa Qad Kuntu Başīrāan 020125 Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" ‌‍ ‌‌ ‌‍‌ ‍‌‍‍‍ ‍‍‍‍‍
Qāla Kadhālika 'Atatka 'Āyātunā Fanasītahā ۖ Wa Kadhalika Al-Yawma Tun 020126 Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". ‌ ‌‌ ‌ ۖ ‍‌‍‍
Wa Kadhalika Najzī Man 'Asrafa Wa Lam Yu'umin Bi'āyāti Rabbihi ۚ Wa La`adhābu Al-'Ākhirati 'Ashaddu Wa 'Abqá 020127 Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal. ‍‍‍ ‍‌ ‌‍ ‌ ‍‌‍‍ ‌‍ ۚ‍‍‌ ‍‍ ‌‌ ‌‌‍‍‍‍
'Afalam Yahdi Lahum Kam 'Ahlaknā Qablahum Mina Al-Qurūni Yamshūna Fī Masākinihim ۗ 'Inna Fī Dhālika La'āyātin Li'wlī An-Nuhá 020128 Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran. ‌ ‌‌ ‍‍‍‍‍‍‌‍‍ ۗ ‌ ‍‍‍‍‍ ‍‍
Wa Lawlā Kalimatun Sabaqat Min Rabbika Lakāna Lizāmāan Wa 'Ajalun Musamman 020129 Dan jika tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah Tuhanmu (wahai Muhammad), dan satu tempoh yang ditentukan nescaya balasan jenayah mereka sudah semestinya berlaku. ‌ ‌‌ ‍‍‍‍ ‍‌ ‌‍‍‍‌ ‌‌‌ ‍‍‍
şbir `Alá Mā Yaqūlūna Wa Sabbiĥ Biĥamdi Rabbika Qabla Ţulū`i Ash-Shamsi Wa Qabla Ghurūbihā ۖ Wa Min 'Ānā'i Al-Layli Fasabbiĥ Wa 'Aţrāfa An-Nahāri La`allaka Tarđá 020130 Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan). ‍‍‌ ‌ ‌ ‍‍‍‍‍‍‍ ‌ ‌ ‌‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍ ‌‍‍‍‍‌‌ ۖ ‌‍‌ ‌‍‍‍‌‌ ‍‍‍‍‍ ‌‌‍‍‍‌ ‍‍‍‍‍‍‍‍‌ ‍
Wa Lā Tamuddanna `Aynayka 'Ilá Mā Matta`nā Bihi~ 'Azwājāan Minhum Zahrata Al-Ĥayāati Ad-Dunyā Linaftinahum Fīhi ۚ Wa Rizqu Rabbika Khayrun Wa 'Abqá 020131 Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. ‍‍‍ ‌‌ ‌ ‌ ‌‌‌‌‌ ‍‌‍‍‍ ‌‍ ‍‍ ‍‌ ‍‍‍‍ۚ‌‍ ‌‍ ‍‍‌ ‌‌‍‍‍‍
Wa 'Mur 'Ahlaka Biş-Şalāati Wa Aşţabir `Alayhā ۖ Lā Nas'aluka Rizqāan ۖ Naĥnu Narzuquka Wa ۗ Al-`Āqibatu Lilttaq 020132 Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. ‌‌ ‌ ‍‍‍‍ ‌‍‍‍‍‌ ‌ ۖ‌‍ۖ ‌‍ۗ‍ ‍‍‍‍‌
Wa Qālū Lawlā Ya'tīnā Bi'āyatin Min Rabbihi~ ۚ 'Awalam Ta'tihim Bayyinatu Mā Fī Aş-Şuĥufi Al-'Ūlá 020133 Dan mereka yang kafir berkata: "Mengapa ia tidak membawa kepada kami satu tanda mukjizat dari Tuhannya yang membuktikan kebenarannya?" Bukankah telah datang kepada mereka berbagai-bagai keterangan dan khasnya Al-Quran yang menjadi kenyataan yang menerangkan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab yang dahulu? ‌ ‌ ‌ ‌ ‍‌ ‌‍ ۚ ‌‌ ‌ ‍‍‍‍
Wa Law 'Annā 'Ahlaknāhum Bi`adhābin Min Qablihi Laqālū Rabbanā Lawlā 'Arsalta 'Ilaynā Rasūlāan Fanattabi`a 'Āyātika Min Qabli 'An Nadhilla Wa Nakh 020134 Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan sesuatu azab sebelum datangnya Rasul Kami membawa Al-Quran ini, tentulah mereka akan berkata pada hari kiamat: "Wahai Tuhan Kami! Mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya, sebelum kami menjadi hina (dengan azab di dunia), dan mendapat malu (dengan azab di akhirat)?" ‌ ‌‌ ‌ ‍‍‌‌ ‍‌ ‍‍‍‍‍‍‌ ‌‍‌ ‌ ‌‌ ‌‌ ‌‍‌ ‌ ‍‌ ‍‍‍ ‌‌ ‌‍‍‍‍‌
Qul Kullun Mutarabbişun Fatarabbaşū ۖ Fasata`lamūna Man 'Aşĥābu Aş-Şirāţi As-Sawīyi Wa Mani Ahtadá 020135 Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang (di antara kita) sedang menunggu; maka tunggulah kamu! Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah orang-orang yang berada atas jalan yang lurus, dan juga siapa yang mendapat petunjuk". ‌ ‍‍‌‌ ‍‍‍ۖ‍‍ ‍‌ ‌‍‍‍‍‍ ‍‍‍‌ ‍ ‌
Toggle thick letters. Most people make the mistake of thickening thin letters in the words that have other (highlighted) thick letter Toggle to highlight thick letters
Next Sūrah